VIDEO KEBAKARAN

Dapatkan video tentang kebakaran di Kampung Semangat, video ini bertujuan untuk mengingatkan kepada warga SK Taman Bukit Mewah tentang bahayanya api. Seperti kata pepatah

"Kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan"

Dapatkan di URL http://www.ziddu.com/download/5802187/Bencanabt.7.3gp.html

KEPUTUSAN UPPM3 2009


Berikut adalah analisis ringkas UPPM3 yang telah diduduki oleh pelajar-pelajar SK Taman Bukit Mewah baru-baru ini. Untuk penerangan lebih terperinci mengenai peperiksaan ini, anda boleh dapatkan di URL http://www.ziddu.com/download/5802141/ANALISAKEPUTUSANUPPM3.ppt.html

PERASMIAN MINGGU MATEMATIK

Perasmian Minggu Matematik 2009 kali ke-8 peringkat SK Taman Bukit Mewah telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Pn Hjh Siti Esah Binti Yaacub di dataran Kejat. Kemuncak majlis perasmian ini, satu persembahan nyanyian pelajar-pelajar 2 Arif yang diketuai Pn. Malinda. Pelbagai aktiviti akan diadakan sempena Minggu Matematik ini. Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti-aktiviti ini, para pelajar boleh berhubung terus dengan guru-guru yang bertugas seperti di bawah:

  • Selasa (28/07/09) Pn Khamellia, Cik Wan Suriani dan Pn Salhah
  • Rabu (29/07/09) En. Shamsul. En. Hairurnizam dan En. Mohd Anis
  • Khamis (30/07/09) En. Mohd Khafiz, Pn Nor Malinda dan Pn. Roosliza

"MATHEMATICS IS FUN"

PENYAMPAIAN HADIAH TENPIN BOLING

Tahniah diucapkan kepada peserta Tenpin Boling yang telah mengharumkan nama SK Taman Bukit Mewah di Kejohanan Tenpin Boling anjuran bersama Kelab Kebajikan Guru dan PPD Johor Bahru. Wakil sekolah kita iaitu, En Hairurnizam, En. Md Khairil Izmie dan Pn Mastura menerima hadiah masing yang telah disampaikan oleh En. Mohd Rosdi (Pengerusi KGKT SKTBM). Majlis penyampaian hadiah ini diadakan dalam perhimpunan pagi dengan disaksikan oleh seluruh warga SKTBM.


PELAJAR CEMERLANG UPPM3


Berikut adalah pelajar-pelajar cemerlang bagi UPPM3 baru-baru ini.

(Berdiri) Tashvinder Singh, Haziq Alaudin, Ikmal Hakim, Nurul Fadhlinda, Arina, Diyana Hazwani, Farrah farhana.

(Duduk) Ahmad Nazmi, Farhan Haziq, Mohd Nabil, Mohd Afif Syahmi.

"SYABAS DIUCAPKAN, TERUSKAN USAHA ANDA"

PERTANDINGAN TENPIN BOLING


Pertandingan Tenpin Boling ini adalah anjuran Kelab Kebajikan Guru dan Pejabat Pelajaran Daerah Johor bahru (PPDJB). Pertandingan ini telah disertai oleh 60 pasukan sekolah sluruh daerah Johor bahru. Dalam pertandingan ini, wakil SK Taman Bukit Mewah iaitu En Hairurnizan, En. Md Khairil Izmi dan Pn. Fauzirah@Mastura telah mengharungkan nama sekolah dengan mendapat tempat ke-3. Manakala Johan, SK Impian Emas dan Naib Johan SMK Impian Emas.

PERTANDINGAN KALAM JAMA'IE & DIKIR BARAT ARAB

Pertandingan kalam jama'ie dan dikir barat bahasa arab peringkat daerah Johor Bahru ini telah diadakan dewan Seri Mewah, SK Taman Bukit Mewah. Ucapan perasmian penutup bagi pertandingan ini telah dirasmikan oleh Ustaz Mohd Azhar Bin Tumin, Penolong Pengarah J-QAF, Sektor Pendidikan Islam JPNJ. Dalam pertandingan in SK Taman Bukit Mewah telah mendapat tempat yang ke-3 dalam acara dikir barat bahasa arab.

Untuk muat turun gambar-gambar lain bagi pertandingan ini,
dapatkan di URL http://www.ziddu.com/download/5769230/PERTANDINGANj-qAF.rar.html

PERISTIWA MENYEDIHKAN


Memang menyedihkan.....

Beginilah keadaan rumah pelajar-pelajar yang malang apabila tempat berteduh mereka dijilat api. Peristiwa ini berlaku kira-kira jam 9.40 pagi tadi....

Ada di antara warga sekolah yang menyedari kejadian tersebut tanpa mengetahui yang rumah mereka juga terlibat di dalam kebakaran itu. Difahamkan, buat masa ini mereka hanya tinggal sehelai sepinggang. Mereka kini ditempatkan di penempatan sementara iaitu di Surau Kampung Semangat. Sehingga kini, 3 buah keluarga yang melibatkan 6 orang murid di sekolah ini.



PERTANDINGAN IHTIFAL J-QAF

Pertandingan Ihtifal J-QAF peringkat Daerah Johor Bahru akan diadakan di SK Taman Bukit Mewah. Butiran terperinci mengenai pertandingan tersebut seperti dibawah:

Tarikh : 25 Julai 2009
Hari : Sabtu
Tempat : Dewan Seri Mewah, SK Taman Bukit Mewah.

AUDIT UPPM3

Audit UPPM3 akan diadakan pada:

Tarikh :23 Julai 2009,
Masa :1.30 petang
Tempat : Bilik Profesional, SK Taman Bukit Mewah

Audit akademik UPPM3 ini adalah bertujuan untuk mengukur serta mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar-pelajar tahun 6 yang telah menduduki UPPM3 pada minggu lepas.

LAWATAN BENCH-MARKING

Lawatan "Bench Marking" ke I.J Convent adalah satu daripada Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bagi sesi 2009. Lawatan ini bertujuan untuk mencari kekuatan yang ada di I.J Convent untuk digunakan sebagai "role model" untuk diserap ke SK Taman Bukit Mewah. Lawatan "Bench Marking" ini akan diadakan:

Pada : 22 Julai 2009
Bertolak : 2.00petang
berkumpul : Dataran Kejat.

SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ

Sambutan Isra' Mikraj peringkat SK Taman Bukit Mewah telah diadakan pada hari Sabtu, 18 Julai 2009 bersamaan dengan 22 Rejab 1430 Hijrah. Pelbagai aktiviti dilakukan seperti ceramah berkenaan Peristiwa isra' Mikraj, tayangan video, kuiz dan banyak lagi.

Untuk dapatkan gambar-gambar lain, dapatkan di URL
http://www.ziddu.com/download/5711177/IsraqMikraj.rar.html

PROGRAM MINUMAN BERKHASIAT


Program minuman berkhasiat yang ditaja oleh MILO merupakan program yang berobjektif mendidikan pelajar-pelajar meminum minuman yang berkhasiat.

UPPM 3 BERAKHIR

Pelajar-pelajar tahun 6 SK Taman Bukit Mewah telah selesai menjalani UPPM3 pada hari ini. Diharap mereka semua akan mendapat kecemerlangan dan keputusan yang membanggakan......

"SYABAS DIUCAPKAN DARI KAMI WARGA PENDIDIK SKTBM"

SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ

Sambutan Isra' Mikraj peringkat sekolah akan diadakan di SK Taman Bukit Mewah pada hari Sabtu, 18 Julai 2009 bersamaan 22 Rejab 1430Hijrah. Satu ceramah daripada penceramah yang diundang khas akan disampaikan kepada murid dan tetamu-tetamu yang hadir.

Marilah kita sama-sama memeriahkan lagi sambutan Isra' Mikraj ini

MASIH ADA YANG SAYANG

Program motivasi"Masih Ada Yang Sayang" anjuran bersama oleh Unit Kaunseling Dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru akan diadakan SK Taman Bukit Mewah. Maklumat program adalah seperti berikut:

Tempat : Dewan Seri Mewah,
SK Taman Bukit Mewah,
Johor Bahru.
Pukul : 8.00pagi
Tarikh : 19 Julai 2009

ZOOM-A

PERHATIAN!!!

Kepada pelajar-pelajar SK Taman Bukit Mewah yang melanggan Zoom-A, anda boleh dapatkan "User Name" dan "Password" daripada En. Mohd Rosdi Bin Mat Isa bermula pada hari esok (15 Julai 2009).....

Harap Maklum

UPPM 3

Ujian Pengesanan Pencapaian Murid 3 (UPPM3) akan bermula pada 14, 15 dan 16 Julai 2009.
Semoga semua murid-murid tahun 6 SK Taman Bukit Mewah akan memperolehi keputusan yang lebih cemerlang berbanding dengan UPPM2 yang lalu.
"SELAMAT MENJAWAB, SEMOGA BERJAYA"

ULANG TAHUN SKTBM KE-8

Sambutan ulang tahun SK Taman Bukit Mewah yang ke-8. Untuk menyerikan lagi sambutan ini, kek yang begitu berselera ditaja oleh Syarikat Perniagaan Ben Syahab.

Sila dapatkan lagi gambar berkenaan di URL http://www.ziddu.com/download/5563269/ulangtahunsktbm.rar.html

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Perkhemahan unit beruniform bagi sesi 2009 melibatkan Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Puteri Islam. Perkhemahan ini bertempat di padang SK Taman Bukit Mewah pada 29, 30 dan 31 Mei 2009.

Lain-lain gambar boleh dimuatturun dari URL
http://www.ziddu.com/download/5555463/perkhemahan.rar.html

testing

SAMBUTAN HARI GURU 2009

Persembahan bertenaga dari ahli GG Group sempena sambutan Hari Guru 2009. GG Group terdiri dari guru-guru SK Taman Bukit Mewah...

MAULIDUR RASUL

Sambutan Maulidur Rasul peringkat SK Taman Bukit Mewah yang telah diadakan pada 28 Mac 2009.
Muatturun gambar di
http://www.ziddu.com/download/5554163/malidurrasul.rar.html

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 2

Latihan Dalam Perkhimatan ini telah diadakan di Bilik Profesional SK Taman Bukit Mewah pada 4 April 2009.
Tajuk LDP ini ialah "Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan" yang disampaikan oleh Tuan Timbalan Pengarah Jemaah Nazir Johor.

PERTANDINGAN BOLA BALING

Pertandingan peringkat Zon Bandar ini telah diadakan di SMK Sri Skudai. Dalam pertandingan ini SKTaman Bukit Mewah telah mendapat tempat ke-3.

MOTIVASI KEPIMPINAN 2009

Motivasi ini diadakan adalah untuk meningkatkan lagi peranan dan tanggungjawab peserta semasa memegang amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Peserta-peserta terdiri dari pada pengawas, ketua kelas, penolong ketua kelas dan pengawas perpustakaan.

PERLAWANAN RAGBI




Pertandingan rugbi peringkat Daerah Johor Bahru yang bertempat
di padang SK Taman Bukit Mewah pada 19 Februari 2009. Dalam
pertandingan ini, Zon Bandar telah menjadi johan dan naib johan jatuh
kepada Zon Skudai. Manakala Zon Majidee tempat ketiga



Gambar lain boleh didapati di http://www.ziddu.com/download/5552185/rugbi.rar.html

AJK PIBG 2009/2010

Ahli jawatankuasa PIBG bagi sesi 2009/2010 yang telah dilantik pada mesyuarat Agong PIBG kali Ke-7 yang telah diadakan pad 28 Februari 2009.

MESYUARAT AGONG PIBG KE 7

Lagi gambar-gambar Mesyuarat Agong PIBG kali Ke-7 SK Taman Bukit Mewah boleh didapati di URL http://www.ziddu.com/download/5551048/MEETINGPIBG.rar.html



ORIENTASI TAHUN 1

Hari orientasi bagi pelajar-pelajar tahun 1 bagi memperkenalkan dan menyesuaikan murid-murid tahun 1 dengan suasana persekolahan. Selain itu, ibubapa juga diberikan penerangan ringkas mengenai perjalanan pengajaran dan pembelajaran murid tahun 1. Murid-murid akan diuji untuk mengesan serta mengenalpasti kelemahan murid-murid diperingkat lebih awal. Ini bertujuan untuk memudahkan pihak sekolah menjalankan pengajaran dan pembelajaran mengikut aras kebolehan atau kefahaman murid.

KEPUTUSAN UPPM1 2009

Keputusan dan analisa Ujian Pengesanan Prestasi Murid 1 (UPPM1) bagi pelajar-pelajar tahun 6 boleh dimuatturun melalui URL http://www.ziddu.com/download/5538299/ANALISISUPPM1.ppt.html

LATIHAN KEBAKARAN


Latihan kebakaran adalah bertujuan untuk melatih murid menyelamatkan diri mengikut lalauan yang betul jika berlakunya kebakaran sebenar.

Lagi gambar tentang latihan kebakaran boleh didapati di URL http://www.ziddu.com/download/5551223/kebakaran.rar.html

PROFIL SKTBM

Untuk mengetahui Profil SK Taman Bukit mewah, anda boleh muatturun profil tersebut daripada URL seperti dibawah:
http://www.ziddu.com/download/5538544/PROFILSKTBM2009.doc.html

*Bergantung pada perubahan

JAWATANKUASA 2009

Berikut adalah jawatakuasa-jawatankuasa bagi sesi 2009 bagi setiap unit.Unit maklumat lanjut, jawatankuasa ini boleh didapati seperti di bawah:

UNIT AKADEMIK

http://www.ziddu.com/download/5538568/JAWATANKUASAKURIKULUM2009.xls.html


UNIK HEM

http://www.ziddu.com/download/5538569/JAWATANKUASAHEM2009.xls.html


UNIT KOKO

http://www.ziddu.com/download/5538570/JAWATANKUASAKOKURIKULUM2009.xls.html

SASARAN UPSR 2009

berikut adalah sasaran UPSR bagi SK Taman Bukit Mewah bagi sesi persekolahan 2009.

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR 2008

Berikut adalah graf perbandingan keputusan peperiksaan UPSR bagi tahun lepas. Bagi subjek Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan, peratus lulus adalah 95.45%. Bahasa Inggeris 82.95%, manakala bagi subjek Matematik 87.50% dan Sains 86.36% pelajar lulus.