PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2009 akan diadakan pada 17hb Ogos 2009 (Isnin) yang bertempat di Dataran Kejat SKTBM. Di majlis pelancaran tersebut, banyak aktiviti akan dilakukan seperti :
  • Nyayian lagu "3 Serangkai"
  • Gimik/lakonan kemerdekaan (Pelancaran)
  • Persembahan murid
  • Ucapan "Erti Kemerdekaan" oleh GPK HEM, En Hamzah Bin Rawian.
  • Ucapan Guru Besar, Hjh Siti Esah Binti Yaacub Sempena bulan Kemerdekaan.
  • Laungan "MERDEKA"
  • Nyayian Lagu "Patriotik".
  • Tandatangan Kain Rentang

Seperti kebiasaannya, sambutan bulan kemerdekaan ini akan berlangsung selama satu bulan iaitu dari 17 Ogos 2009 sehingga 16 September 2009. Pelbagai aktiviti yang menarik akan diadakan sepanjang tempoh tersebut, antaranya ialah

  • 18 Ogos 2009 (Selasa, 10.20 pagi) - Treasure Hunt Tahun 5
  • 19 Ogos 2009 (Rabu, 10.20 pagi - Tayangan video kemerdekaan dan Kuiz Tahun 4
  • 20 Ogos 2009 (Khamis, 10.20 pagi) - Pertandingan Kereta Kawalan "Merdeka Endurance"
  • 21 Ogos 2009 (Jumaat, 10.20 pagi) - Pertandingan mewarna Poster Tahap 1
  • 14 Sept 2009 (Rabu, 10.20 pagi) - Pertandingan Melukis Poster Tahap 2
  • 15 Sept 2009 (Khamis, 10.20 pagi) - Kuiz Bonanza Tahun 6
  • 16 Sept 2009 (Jumaat, 10.20 pagi) - Pertandingan Koir Lagu patriotik Tahap 2, Pakaiana beragam Tahap 1 dan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2009

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan En. Hairurnizam Bin Zin ditalian 07-2340105

0 comments:

Post a Comment