PERASMIAN MINGGU SAINS



Pelancaran minggu Sains 2009 telah diadakan pada 3 Ogos 2009 yang bertempat di dataran Kejat SK Taman Bukit Mewah. Pelancaran Minggu Sains 2009 ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKTBM, disaksikan oleh seluruh warga SKTBM. Minggu Sains 2009 ini akan bermula dari 3 Ogos 2009 sehingga 7 Ogos 2009. Pelbagai aktiviti akan dijalankan antaranya ialah
  • Binaan Robot
  • Rekacipta model kapal menggunakan plastisin
  • Merekacipta Model Kestabilan
  • Tenaga elektrik daripada limau/oren
  • Mencipta penyaman udara daripada bahan-bahan semulajadi
Segala pertanyaan sila berhubung terus dengan guru-guru yang terlibat iaitu:
  1. Pn Salwa Binti Bachok
  2. En Mohd Rosdi Bin Mat Isa
  3. En Md Khairil Izmi Bin Ishak
  4. Pn Hudayani Binti Ali
  5. Pn Siti Salmah Binti Maaroof
  6. Pn Mastura Binti Sidek

0 comments:

Post a Comment