PESTA LAYANG-LAYANG 2009


Pesta Layang-Layang 2009 anjuran SKTBM dibawah program RIMUP telah dirasmikan oleh Yang Di Pertua PIBG SKTBM, En. Yusaini Bin Ali pada 8 Ogos 2009 bertempat di Padang SKTBM. Dalam pesta ini, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan mewarna layang-layang bagi pelajar-pelajar tahap 1. Manakala bagi tahap 2, dua kategori telah dipertandingkan antaranya ialah Pertandingan Layang-Layang Tercantik dan Pertandingan Menaikkan Layang-Layang. Pada pesta kali ini, SK Kempas turut menghantar satu pasukan bagi memeriahkan lagi pesta layang-layang ini.

Dalam kategori pertandingan layang-layang tercantik, juaranya ialah pelajar-pelajar tahun 6 Arif dari SKTBM. Manakala pelajar-pelajar tahun 6 cerdik dari SKTBM telah mengungguli kategori Menaikkan Layang-Layang.

Dapatkan gambar-gambar menarik di http://www.ziddu.com/download/5957591/pestalayang2.rar.html

0 comments:

Post a Comment