SAINS - TEKNIK MENJAWAB

Pelbagai motivasi telah dijalankan bagi meningkatkan keupayaan pelajar SK Taman Bukit Mewah dalam menghadapi peperiksaan yang akan diduduki pada 8hb September nanti. Aktiviti memotivasikan pelajar juga telah diadakan pada 19hb Ogos bagi meningkatkan lagi kefahaman pelajar dalam subjek sains. Motivasi "Format & Teknik Menjawab Soalan Sains" ini merupakan usaha yang berterusan pihak sekolah bagi menambahkan lagi kebolehan pelajar dan memperolehi tip-tip yang berguna sebelum mereka menduduki peperiksaan yang sebenarnya. Motivasi ini telah disampaikan oleh guru yang berpengalaman dalam bidang sains iaitu Pn. Salinah Bte Haron dari SK Taman Kota Kulai.


0 comments:

Post a Comment