Selamat Kembali Ke Sekolah

Selamat Kembali ke Sekolah bagi semua warga SKTBM,
semoga anda semua dapat memulakan persekolahan dengan
penuh bersemangat dan ketekunan.......

SALAM AIDILFITRI


SELAMAT MENYAMBUT
HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Kami pihak SK Taman Bukit Mewah ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semoga perayaan tahun ini memberi sentuhan yang bermakna kepada semua. Segala silap salah serta keterlanjuran, kami susun sepuluh jari memohon keampunan.

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN"

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN ANAK YATIM 1430H


Majlis Khatam Al-Quran dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim telah berjaya disempurnakan dengan jayanya tepat jam 1.00 petang 17 hb September 2009.
Setinggi ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbagkan derma, guru-guru, ibubapa, murid-murid dan semua individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Berikut adalah senarai pemenang (Johan) yang berjaya mengikut kategori


  1. Pertandingan Mewarna Tahap 1 - Nur Marczela bte Abdullah (3 Arif)
  2. Pertandingan Khat Tahap 2 - Mutammimah Bte Hisyam (5 Arif)
  3. Pertandingan Kuiz Guru - Pn Rahimah Bte Muhamad
  4. Pertandingan Tuliasan Cantih Pra Sekolah - Azreen Nazira Bte Azhari (Pra A)
  5. Pertandingan Nasyid Terbuka Tahun 6 - Kumpulan Al-Ikhwanul Hakim
  6. Pertandingan Berceria Tahap 1 - Siti Nur Maisarah (3 Bestari)
  7. Pertandingan Bercerita Tahap 2 - Nur Hazwani (5 Arif)
  8. Pertandingan Tilawah Tahun 5 - Mutammimah Bte Hisyam (5 Arif)
  9. Pertandingan Tilawah Tahun 4 - Nur Irdeena (4 Arif)
  10. Pertandingan Hafazan Tahun 1 - Zakirin (1 Arif)
  11. Pertandingan Hafazan Tahun 2 - Nurul Ameera (2 Bestari)
  12. Pertandingan Hafazan Tahun 3 - Intan Nur Najiha (3 Arif)
  13. Pertandingan Hafazan Tahun 4 - Nurul Aisyah (4 Arif)
  14. Pertandingan Hafazan Tahun 5 - Aina (5 Arif)
  15. Pertandingan Kuiz Teka Silang Kata Jawi - Nurul Syafiqah (4 Arif)
  16. Tokoh Murid Lelaki - Ikhmal Hakim Bin Affandi (6 Arif)
  17. Tokoh Murid Perempuan - Nurul Fadhlinda Bte Hj Sainan (6 Arif)

Untuk dapatkan gambar sepanjang majlis penutupan Ihya' Ramadhan ini, anda boleh download di http://www.ziddu.com/download/6568419/ihya1.rar.html dan http://www.ziddu.com/download/6568486/ihya2.rar.html

HARI CUTI KHAS

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengisytiharkan bahawa pada Jumaat bersamaan dengan 18 September 2009 ini merupakan Hari Cuti Khas sempena Hari Raya Aidilfitri. Dengan ini, cuti ganti secara automatiknya terbatal.....

HARAP MAKLUM

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2009


Majlis sambutan bulan kemerdekaan berjalan dengan begitu meriah dan bertenaga. Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan sepanjang sambutan ini, antaranya ialah


  • Treasure hunt bagi pelajar tahun 5
  • Kuiz berdasarkan tayangan video bagi pelajar tahun 4
  • Pertandingan Koir bagi pelajar tahap 2
  • Pertandingan mewarna poster tahap 1
  • Pertandingan melukis poster tahap 2
  • Kuiz Bonanza tahun 6
  • Pertandingan Pakaian Beragam

Berikut adalah keputusan-keputusan bagi setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan ini

  • Terasure Hunt - Johan - Kumpulan 6 Jahanam Crossfire
  • Kuiz Tayangan video - Johan - Nur Aina Afiqah Azmi (4 Bestari)
  • Pertandingan Koir - Johan - Kelas 5 Arif
  • Pertandingan mewarna poster - Johan - Nursuhaila Bte Abdullah (1 Arif)
  • Kuiz Bonanza - Johan - Hani Liyana Binti Abdul Wahid (6 Bestari)
  • Pakaian Beragam Tahun 1 - Johan - Muhammad Afiz (1 Bestari)
  • Pakaian Beragam Tahun 2 - Keertheka (2 Bestari)
  • Pakaian Beragam Tahun 3 - Norjalilah Izzati (3 Cerdik)

Untuk dapatkan gambar yang menarik sepanjang majlis ini, anda boleh dapatkan di URL http://www.ziddu.com/download/6537191/BlnKemerdekaan1.rar.html dan http://www.ziddu.com/download/6537354/BlnKemerdekaan2.rar.html

CUTI BERGANTI

Pihak pentadbiran SK Taman Bukit Mewah telah mengumumkan bahawa cuti pada hari Jumaat, 18hb September 2009 sempena Perayaan Aidilfitri. Cuti tersebut akan digantikan pada hari Sabtu, 30 Oktober 2009. Harap Maklum.

PINDAAN TARIKH MAJLIS KHATAM QURAN & PENYAMPAIAN SUMBAGAN ANAK YATIM

Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Sumbangan Anak Yatim 1430H anjuran Unik Dakwah (MAKDIS) dan Panitia Pendidikan Islam akan dipercepatkan kepada hari Khamis, 17 September 2009 bertempat di Dewan Seri Mewah, SK Taman Bukit Mewah.

PERTANDINGAN NASYID TAHUN 6


Pertandingan nasyid bagi pelajar-pelajar tahun 6 telah diadakan pada Selasa, 15 Setember 2009. Pertandingan ini adalah anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Unit Dakwah Sekolah (MAKDIS) yang juga merupakan salah satu dari aktiviti lepas UPSR bagi pelajar-pelajar tahun 6. Sebanyak 2 pasukan daripada setiap kelas tahun 6 telah berjaya menunjukkan semangat kerjasama dan kebolehan masing-masing walaupun masa untuk membuat latihan tersangat terhad. Syabas diucapkan.
Untuk gambar yang menarik, sila download di http://www.ziddu.com/download/6517341/nasyidthn6.rar.html

PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM DAN KOIR

Pertandingan pakaian beragam dan koir adalah salah satu aktiviti yang telah dirancang sempena dengan sambutan Bulan Kemerdekaan 2009. Ia akan berlangsung pada hari Rabu (16 September 2009) bertempat di Dewan Seri Mewah. Pertandingan ini akan melibatkan setiap wakil kelas SK Taman Bukit Mewah.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & PENYAMPAIAN SUMBANGAN ANAK YATIM 1430H

Unit Dakwah (MAKDIS) dengan kerjasama panitia Agama Islam akan menganjurkan satu majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Sumbangan Anak Yatim 1430H seperti tertera di bawah:

Tarikh : 18 September 2009
Hari : Jumaat
Masa : 9.50 pagi - 12.20 tengahari
Tempat : Dewan Seri Mewah, SK Taman Bukit Mewah.

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan pihak penganjur di talian 07-2340105.

MAJLIS BERBUKA PUASA KGKT

Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Terawih anjuran Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KGKT) SK Taman Bukit Mewah yang bertujuan untuk meningkatkan lagi semangat kekeluargaan antara kakitangan SKTBM. Majlis ini akan diadakan pada ketetapan seperti di bawah:

Hari : Jumaat
Tarikh : 11 September 2009
Tempat : Surau SKTBM (Solat Terawih) & Kantin (Berbuka Puasa)

Aturcara majlis adalah seperti berikut:

6.30 ptg : Kumpul makanan dan Lauk paut di kantin
7.00 ptg : Guru-guru berkumpul di surau sekolah (Kecuali uzur)
7.10 ptg : Berbuka kecil
7.20 ptg : Solat Maghrib secara berjemaah
7.40 ptg : Berbuka besar
8.30 mlm : Solat Isyak dan Terawih berjemaah
10.00mlm : Bersurai

Kerjasama guru-guru amat dihargai.

"BERSAMA-SAMA MENCARI KEBERKATAN"

SEMOGA BERJAYA

Pihak sekolah ingin mengucapkan selamat berjaya bagi pelajar-pelajar tahun 6 yang menduduki peperiksaan UPSR. Semoga anda semua memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam semua subjek......
"5A PASTI DALAM GENGGAMAN ANDA"

MAJLIS BERBUKA DAN SOLAT HAJAT

Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Hajat bersama ibubapa, guru-guru dan murid-murid tahun 6 akan diadakan seperti ketetapan di bawah:

Tempat : Surau SK Taman Bukit Mewah.
Tarikh : 3 hb September 2009 (Khamis)
Masa : 6.30 petang