Sukaneka

Pertandingan sukaneka antara rumah-rumah sukan akan diadakan pada Jumaat, 30 November 2009 bertempat di Padang SK Bukit Mewah. Acara sukaneka ini hanya melibatkan murid-murid tahun 1 dan tahun 2 sahaja.

Diharap kepada semua peserta dapat menunujukkan bakat serta kemampuan untuk memunggut 'point' yang tertinggi untuk rumah sukan masing-masing.

Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-7

Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-7 SK Taman Bukit Mewah akan diadakan pada 1 November 2009.

Acara Perasmian oleh YB Datuk Hj.Osman Bin Sapian, ADUN Kempas dan Perasmian Penutupan akan disempurnakan oleh En. Syahrin Bin Md Jamaludin, Setiausaha Politik Menteri Pelajaran Malaysia. 

Pelbagai acara akan diadakan pada temasya kali ini termasuklah cabutan bertuah kepada para ibubapa yang hadir.

Para ibubapa dan warga sekitar SK Taman Bukit Mewah dijemput hadir untuk memeriahkan lagi temasya sukan tahunan ini

Sukan Tara

Sukan Tara akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

  • Tarikh : 31 Oktober 2009
  • Hari : Sabtu
  • Tempat : Padang SK Taman Bukit Mewah
  • Masa : 8.00 pagi

Acara yang akan dipertandingkan dalam sukan tara ini adalah lompat tinggi, lompat jauh dan larian 100m.

Semua pelajar SK Taman Bukit Mewah diwajibkan hadir untuk memeriahkan lagi acara sukan tara ini dan menyumbangkan mata yang tinggi untuk rumah sukan masing-masing.

Peperiksaan Akhir Tahun

KEPADA SEMUA WARGA SK TAMAN BUKIT MEWAH,
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SETARA AKHIR TAHUN 2009
YANG AKAN
BERMULA PADA 27 HINGGA 30 OKTOBER 2009.
SEMOGA PEPERIKSAAN INI AKAN MENINGKAT KEAZAMAN DIRI
DAN BERJAYA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG

Kursus LDP 6


Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) ke-6 ini telah diadakan pada Sabtu, 24 Oktober 2009 bertempat di Bilik Profesional, SK Taman Bukit Mewah. Kursus KDP ini telah disempurnakan oleh En Saliman, pegawai PPD Johor Bahru. Tajuk Kursus Kali ini adalah "Headcount". Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman guru-guru SK Taman Bukit Mewah tentang kepentingan Headcount dalam meningkatkan dan menjana potensi para pelajar di sekolah.

Raptai Perbarisan


Raptai perbarisan untuk Tamasya Sukan Tahunan 2009 kali ke-7 antara rumah sukan telah diadakan pada 22 dan 23 Oktober 2009. Raptai ini diadakan adalah untuk mengukur masa yang diambil semasa upacara perbarisan. Selain daripada itu, raptai ini juga untuk melatih para peserta (pelajar) bergerak mengikut urutan yang betul.

Dalam raptai ini juga, guru-guru rumah sukan berkesempatan membuat persediaan dan merancang untuk pasukan masing-masing bagi memperolehi pungutan mata yang tinggi. Murid-murid dilatih untuk cintakan pasukan dan berusaha untuk meningkatkan keupayaan pasukan mereka......

Kedudukan Rumah Sukan

Berikut adalah pungutan mata bagi setiap rumah sukan berdasarkan keputusan bagi acara balingan yang telah dipertandingkan pada 20 Oktober 2009 baru-baru ini.

  • ISWARA =170 mata
  • TIARA =126 mata
  • WAJA =116 mata
  • WIRA =88 mata

Keputusan Bagi Acara Balingan

LELAKI
PEREMPUAN
REJAM LEMBING
Kategori A
1
Mohd Arbain Bin Abd Razak
1
Nur Fazlin Bin Saedi
2
Mohd Arif Hamidullah Bin Suhaimi
2
Yuslimatulmukjizeh
3
Mohd Aiman Haq Bin Sahruldin
3
Siti Aishah Bte Zain
Kategori B
1
Najmee Hakim Bin Razali
1
Sarah Aishah Haque Bte Sahruldin
2
Afiq Asyraaf Bin Awaluddin
2
Nur Hazwani Bte Mohd Noor
3
AMohd Nur faez Bin Ahmad kamal
3
Susilawati Bte Marohan

LONTAR PELURU
Kategori A
1
Mohd Irfan Khairi Bin Madzlan
1
Arina Bte habri
2
Mohd Arbain Bin Abd Razak
2
Nurul Aina Shasha Bte Jaafar
3
Mohd Azrul Bin Razali
3
Nur Fazlin Bte Saedi
Kategori B
1
Mohd Najmi Hakeem Bin Razali
1
Nur Shahira bte Mahyuddin
2
Ahmad Fauzi Bin Naim
2
Nur Amira Afiqah Bte Iskandar Mirza
3
Mohd Haziq Daniel Bin Zamri
3
Susilawati Bte Marohan

Keputusan Bagi Acara Lompatan

LELAKI
PEREMPUAN
LOMPAT JAUH
Kategori A
1
Mohd Azri Bin Amiruddin
1
Mimi Syaadah Bte Murat
2
Mohd Mikail Bin Mohd Izam
2
Nur Amirah Azri Bin Shamsuri
3
Mohd Faiz Bin Othman
3
Diyana Hazwani Bte Mohd Mansor
Kategori B
1
Mohd Faiz Bin Mohd Napiah
1
Ermawati Bte Amir
2
Mohd Danish Syukri Bin Syukur
2
Nur Amirah Afqah Bte Iskandar Mirza
3
Ahmad BAihaqi Bin Abd Rahim
3
Fatin Nurdiyana Bte Md Salleh
Kategori C
1
Othman Affan Bin Mustaffa
1
Nur Syahirah Bte Syukur
2
Mohd Loqman Hazim Bin Ghazali
2
Amirah Najihah Bte Abd Rahim
3
Hafiy Azri
3
Nur Alya Afifah Bte Azman
LOMPAT TINGGI
Kategori A
1
Mohd Qayyum Bin Azlah
1
Nur Aqeera Syamera Bte Sani
2
Ibrahim Salam Bin Norhisham
2
Siti Sarah Bte Omar
3
Mohd Hasrull Haikal Bin Asmadeen
3
Nur Farrah Izzaty Bte Mohd Azhar
Kategori B
1
Muhd Syazwan Bin Mazlan
1
Nur Zafieka Bte Zafri
2
Mohd Faiz Bin Mohd Napiah
2
Hazirah Aqilah Bte Sa'idan
3
Mohd Izzuwan Bin Khamis
3
Hidayatul Fitriani Bte Norholis
Kategori C
1
Hafiy Azri
1
Husna Bte Norsham
2
Mohd sufi Izzat Bin Hazizi
2
Nur Azlinda Bte Ujang
3
Mohd Hizad Bin Mohd Napiah
3
Amirah Najihah Bte Abd Rahim

Pertandingan Acara Padang

Temasya Sukan Tahunan Kali ke-7 telah bermula dengan acara-acara padang, antaranya merejam lembing, lontar peluru, lompat tinggi dan lompat jauh. Pertandingan untuk acara padang ini telah diadakan pada 20 dan 21 Oktober 2009 baru-baru ini.

Setiap acara balingan dan lompatan mempunyai kategori-kategori tertentu, iaitu Kategori A (Tahun 6), Kategori B (Tahun 4 dan Tahun 5) dan Kategori C (Tahun 2 dan Tahun 3). Bagi acara balingan, penyertaan terdiri dari hanya Kategori A dan Kategori B sahaja manakala acara lompatan, ia melibatkan ketiga-tiga ketagori.
Keputusan akan diumumkan dalam jangka masa yang terdekat.

Tahniah!!!!

Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Iffah Nadhirah (6 Arif) kerana telah mengharumkan nama SK Taman Bukit Mewah dalam pertandingan Olahraga Daerah Johor Bahru yang telah diadakan pada khamis (15 Okt 2009) baru-baru ini. Dalam kejohanan itu, adik Iffah telah berjaya merangkul pingat perak dalam acara larian. Semoga kejayaan adik Iffah ini akan menjadi satu inspirasi kepada pelajar-pelajar lain untuk memperolehi kejayaan dalam bidang sukan, khasnya pada peserta-peserta yang akan bertanding dalam Temasya Sukan Tahunan yang akan bewrlangsung tidak lama lagi.......

Cuti Sempena Deepavali






Kepada semua warga SK Taman Bukit Mewah, cuti sekolah akan bermula dari 16 Oktober (Jumaat) hingga 19 Oktober 2009 (Isnin) sempena sambutan Perayaan Deepavali. Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada 20 Oktober 2009(Selasa).
Harap Maklum...

Happy Deepavali

Selamat menyambut Deepavali kepada semua warga SK Taman Bukit Mewah yang beragama Hindu. Semoga perayyan kali ini dapat mengeratkan lagi tali persahabatan sesama kita.

HAPPY DEEPAVALI

Taklimat Sukan tahunan Kali ke-7


Taklimat Sukan Tahunan kali ke-7 ini telah diadakan di Dewan Seri Mewah pada 10 Oktober 2009. Taklimat ini telah dianjukan oleh unit Koko SK Taman Bukit Mewah dan telah disampaikan oleh En. Hairurnizam Bin Zin dan En. Mat Zainal@Zainal Abidin Bin Muhammad. Taklimat ini diadakan bertujuan untuk menerangkan dengan lebih terperinci tentang acara-acara yang dipertandingkan, cara pungutan markah untuk rumah serta perjalanan temasya sukan tahunan yang akan berlangsung pada 1 November 2009.

Selain daripada itu, murid-murid telah didedahkan dengan suasana serta perjalanan temasya sukan tahunan melalui tayangan video Sukan Tahunan Kali ke-5 yang diadakan pada
tahun 2006.

Berikut adalah acara yang dipertandingkan mengikut kategori:

Kategori A (Tahun 5 dan 6)
  • Larian 100m (Lelaki/Perempuan)
  • 4 X 100m (Lelaki/Perempuan)
  • 200m (lelaki/Perempuan)
  • Lontar Peluru (Lelaki/Perempuan)
  • Rejam lembing(Lelaki/Perempuan)
  • Lompat Jauh (Lelaki/Perempuan)
  • Lompat Tinggi (Lelaki/Perempuan)

Kategori B (Tahun2, 3 dan 4)
  • Larian 100m (Lelaki/Perempuan)
  • 4 X 100m (Lelaki/Perempuan)
  • 200m (Lelaki/Perempuan)
  • Lompat Jauh (Lelaki/Perempuan)
  • Lompat Tinggi (Lelaki/Perempuan)

Senaman Aerobik

Salah satu aktiviti selepas UPSRyang dijalankan untuk pelajar-pelajar tahun 6 adalah senaman aerobik. Aktiviti senaman aerobik ini telah di jalankan dengan jayanya yang diketuai oleh guru yang berpengalaman iaitu En. Mat Zainal@Zainal Abidin Bin Mohammad. Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan pelajar-pelajar tahun 6 bagi menghadapi Sukanan Tahunan yang akan diadakan pada 1 November 2009 ini.

Aktiviti Moral

Setiap Jumaat, pelajar-pelajar moral SK Taman Bukit Mewah akan menjalankan aktiviti-aktiviti yang menarik selama 30 minit (semasa bacaan Yassin). Salah satu aktiviti yang menarik minat pelajar-pelajar moral ini adalah sesi bercerita yang akan disampaikan oleh pelejar moral sendiri. Daripada aktiviti bercerita ini, pelajar-pelajar diterapkan dengan nilai-nilai murni yang boleh dicontohi. Selain daripada bercerita, senaman, permainan kecil dan tradisional serta pertandingan kuiz juga akan diadakan bagi memenuhi slot mingguan ini.

Program Nawwir Qulubana

Nawwir Qulubana merupakan satu lagi program yang dianjurkan oleh Unit Dakwah (MAKDIS) dan Panitia Agama Islam SK Taman Bukit Mewah. Ia merupakan salah satu daripada program bagi pelajar-pelajar tahun 6 selepas peperiksaan UPSR. Program ini akan berlangsung pada hari Rabu (7 Oktober 2009) bertempat di Dewan Seri Mewah, SK Taman Bukit Mewah. Berikut adalah aturcara ringkas bagi program tersebut:

7:30 pagi - Murid Tahun 6 berkumpul di Dewan
7:45 pagi - Ucapan aluan Pengerusi Majlis dan Bacaan doa.
7:50 pagi - Ucapan Aluan Guru Besar SK Taman Bukit Mewah
8:00 pagi - Forum perdana, Tajuk: Soal Hati, Antara Cinta & Cita-Cita....
10:00 pagi - Jamuan Ringkas Dan Rehat
10:20 pagi - Tayangan Slid Show "Rabiatul Adawiyah... Imam Al-Ghazali..."
11:20 pagi - Bengkel Berkumpulan (LDK)
12:20 pagi - Pembentangan LDK dan Kesimpulan
1:20 petang : Bersurai

Untuk maklumat lanjut sila berhubung terus dengan En Safie Bin Hj Masri di talian 07-2340105

LATIHAN RUMAH SUKAN

Unit KoKo SK Taman Bukit Mewah akan mengadakan latihan rumah-rumah sukan bagi mempersiapkan daya ketahanan peserta bagi menghadapi temasya Sukan Tahunan 2009 yang akan diadakan pada 1 November 2009 (Ahad). Berikut merupakan maklumat terkini mengenai latihan rumah-rumah sukan;-
  1. Rumah Merah (Iswara) - Hari Isnin (5 dan 12 Okt 2009)
  2. Rumah Biru (Wira) -Hari Selasa (6 dan 13 Okt 2009)
  3. Rumah Hijau (Tiara) - Hari Rabu (7 dan 14 Okt 2009)
  4. Rumah Kuning (Waja) - Hari Khamis (8 dan 15 Okt 2009)

Setiap ahli rumah sukan diwajibkan hadir bagi memeriahkan lagi temasya Sukan Tahunan 2009. Segala kemusyikalan boleh berhubung terus dengan GPK KOKO, En Mohd Anuar Bin Hj. Jaafar dan S/U Sukan, En Md Khairil Izmi Bin Ishak di talian 07-2340105.

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 5

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kali ke-5 talah diadakan pada 1 Oktober 2009 (khamis) di Dewan Seri Mewah, SK Taman Bukit Mewah. Dalam LDP kali ini, para guru-guru SK Taman Bukit Mewah telah diberi pendedahan secara lebih mendalam mengenai Penilaian Dan Pentaksiran Pembinaan Item dan Analisis Item. Latihan ini telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Roduan Bin Ahmad, Guru Besar SK Tanjung Puteri.