Aktiviti Moral

Setiap Jumaat, pelajar-pelajar moral SK Taman Bukit Mewah akan menjalankan aktiviti-aktiviti yang menarik selama 30 minit (semasa bacaan Yassin). Salah satu aktiviti yang menarik minat pelajar-pelajar moral ini adalah sesi bercerita yang akan disampaikan oleh pelejar moral sendiri. Daripada aktiviti bercerita ini, pelajar-pelajar diterapkan dengan nilai-nilai murni yang boleh dicontohi. Selain daripada bercerita, senaman, permainan kecil dan tradisional serta pertandingan kuiz juga akan diadakan bagi memenuhi slot mingguan ini.

0 comments:

Post a Comment