Pertandingan Acara Padang

Temasya Sukan Tahunan Kali ke-7 telah bermula dengan acara-acara padang, antaranya merejam lembing, lontar peluru, lompat tinggi dan lompat jauh. Pertandingan untuk acara padang ini telah diadakan pada 20 dan 21 Oktober 2009 baru-baru ini.

Setiap acara balingan dan lompatan mempunyai kategori-kategori tertentu, iaitu Kategori A (Tahun 6), Kategori B (Tahun 4 dan Tahun 5) dan Kategori C (Tahun 2 dan Tahun 3). Bagi acara balingan, penyertaan terdiri dari hanya Kategori A dan Kategori B sahaja manakala acara lompatan, ia melibatkan ketiga-tiga ketagori.
Keputusan akan diumumkan dalam jangka masa yang terdekat.

0 comments:

Post a Comment