Analisa Keputusan UPSR 2009

Berikut adalah analisa keputusan UPSR 2009




6 Bestari

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar 6 Bestari kerana berjaya mengekalkan 100 peratus menguasai dalam UPSR 2009. Diharap anda semua menjadikan UPSR ini sebagai batu loncatan untuk memperolehi keputusan yang lebih cemerlang pada masa yang akan datang. 


TAHNIAH!!!! 6B MEMANG BOLEH!!!!!!!!!

Tahniah!!!


Tahniah diucapkan kepada pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang bagi UPSR 2009. Berikut adalah pelajar-pelajar yang mendapat keputusan 5A pada UPSR 2009

1. Ahmad Nadzi Bin Zayuri
2. Aiman Fathi Bin Samsul
3. Arina Bte Habri
4. Diyana Hazwani Bte Mohd Mansor
5. Farrah Farhana Bte Sakri
6. Haziq Alauddin Bin Amin
7. Husnina Bte Mohd Fauzan
8. Iffah Nadhirah Bte Arizan
9. Ikmal Hakim Bin Affandi
10. Mohammad Zafirullah Bin Hamidon
11. Muhamad Nabil Bin Omar
12. Muhammad Afif Syahmi Bin Syapi'ai
13. Muhammad Azrul Bin Razali
14. Muhammad Farhan Haziq Bin Jamil
15. Nur syafiqah Bte Mohd Zunaidi
16. Nur Al'yaa Bte Norisman
17. Nursyafiqa Bte Ghaffar
18. Nurul Aina Shasha Bte Jaafar
19. Nurul Fadhlinda Bte Sainan
20. S. Shamini a/p Sivaji
21. Tashvinder Singh Sanggeh a/l Narpaia Singh



UPSR 2009


Tahniah diucapkan kepada semua warga SK Taman Bukit Mewah di atas kejayaan yang memberangsangkan pada UPSR kali ini. Berikut adalah keputusan peperiksaan UPSR 2009


Peratus Menguasai : 78.20%
Gred Purata Sekolah : 2.07


5A      : 21 Orang
4A1B :15 Orang
3A2B : 9 Orang
2A3B : 8 Orang


Syabas kepada semua pelajar-pelajar yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang.
Semoga kejayaan kali ini menjadi titik permulaan untuk kejayaan pada masa yang akan datang.
TAHNIAN!!!!!

Keputusan UPSR

KEPUTUSAN UPSR 2009
AKAN DIUMUMKAN PADA
19 NOVEMBER 2009 (KHAMIS)

Minggu Pusat Sumber

Minggu Pusat Sumber adalah aktiviti yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Taman Bukit Mewah. Minggu ini berlangsung pada 9 November 2009 sehingga 13 November 2009 yang dikelolakan oleh Cik Siti Zubaidah Bte Yusof dan Pn Ayu Sarah Bte Abdullah.
Salah satu aktiviti yang menarik adalah memancing perkataan untuk membentuk ayat bergantung. Gambar di atas menunjukkan penilaian yang dijalankan pengelola untuk menentukan pemenang.

Gambar Lawatan Ke Terengganu






Lawatan Ke Terengganu

Murid-murid yang mengikuti lawatan sambil belajar ke Terengganu pada 7 hingga 9 November 2009 diharap mempersiapkan segala kelengkapan yang telah ditetapkan oleh Pengurusan Lawatan SK Taman Bukit Mewah.

Berikut adalah butiran mengenai lawatan tersebut:

  • 5.30 pagi - Murid-murid berkumpul di SK Taman Bukit Mewah
  • 5.50 pagi - Solat Subuh
  • 6.10 pagi - Bertolak ke destinasi (Terengganu)
Segala kemusykilan serta keraguan, sila berhubung terus dengan Ketua Lawatan iaitu En. Md Khairil Izmie Bin Ishak (019-7145800) dan Pn Azrina Ishak (016-7786462)


Hari Usahawan Muda

Hari usahawan Muda ini adalah salah satu aktiviti lepas UPSR bagi pelajar tahun 6. Program ini merupakan aktiviti SMERP yang dikendalikan oleh Pn Rahimah Bte Mohammad. Hari Usahawan Muda ini telah diadakan pada 4 Noverber 2009 bertempat di Dewan Seri Mewah, SK Taman Bukit Mewah. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar-pelajar tentang pengurusan kewangan, merancang perbelanjaan serta mempromosikan barang jualan masing-masing. Selain daripada itu, pelajar-pelajar didedahkan dengan semangat kerjasama dikalangan mereka. Dalam aktiviti ini, pelajar-pelajar disediakan dengan 20 gerai bagi mereka mempromosi dan menjual produk mereka.

Berikut dalah gambar-gambar sekitar Hari Usahawan Muda ini




Perlawanan Bola Sepak Antara Kelas

Salah satu daripada aktiviti selepas UPSR bagi pelajar-pelajar tahun 6 adalah perlawanan bolasepak antara kelas. Perlawanan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kerjasama antara murid-murid serta meningkatkan minat dalam bidang kesukanan.

Perlawanan ini telah berlangsung pada 3 November 2009 dan 5 November 2009 baru-baru ini yang melibatkan kelas 6 Arif, 6 Bestari, 6 Cerdik dan 6 Dinamik. Setiap pasukan telah diuruskan oleh guru-guru yang dipilih

Berikut adalah keputusan pertandingan bolasepak ini:
  1. Johan - 6 Dinamik
  2. Naib Johan - 6 Bestari
  3. Ketiga - 6 Arif
  4. Keempat - 6 Cerdik



Keputusan Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-7


Sukan Tahunan Kali Ke-7 2009 SK Taman Bukit Mewah telah dirasmikan dengan sempurnanya oleh Yang Berhormat Osman Bin Hj Sapian, selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas pada 1 November 2009 (Ahad).

Dalam temasya kali ini pelbagai acara telah dipertandingkan seperti dibawah.
  • Rejam lembing Kategori A dan B
  • Lontar Peluru Kategori A dan B
  • Lompat Tinggi Kategori A, B dan C
  • Lompat Jauh Kategori A, B dan C
  • 100 meter Kategori A, B dan C
  • 200 meter Kategori A, B dan C
  • 4 X 100 meter Kategori A, B dan C
  • Tarik Tali antara Rumah-Rumah Sukan
  • Tari Tali antara Guru-guru dan kaum bapa
  • 10X10 meter antara guru-guru dan kaum ibu
  • Cabutan bertuah


Berikut adalah keputusan keseluruhan kedudukan rumah-rumah sukan berdasarkan pungutan mata sepanjang Temasya Sukan Tahunan ini berlangsung.

  • Johan - Rumah Iswar
  • Naib Johan - Rumah Wira
  • Ketiga - Rumah Waja dan Rumah Tiara

Berikut adalah keputusan bagi pertandingan rumah sukan tercantik dan perbarisan pada temasya sukan kali ini:
  • Khemah Tercantik - Rumah Tiara
  • Perbarisan - Rumah Wira


Pihak Sekolah ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan temasya sukan tahunan ini. Terutamanya kepada pihak PIBG SK Taman Bukit Mewah, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Kakitangan SK Taman Bukit Mewah, Ibubapa serta individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan temasya tahunan in.

Sekitar Temasya Sukan Tahunan 2009

Upacara Menaikkan bendera kejohanan yang diketua oleh adik Mohammad Azrul Bin Razali dari 6 Arif.
Ikrar oleh pasukan senamrobik SK Taman Bukit Mewah yang dikelolakan oleh Pn Mastura Bte Md Sidek dan Pn Ayu Sarah Bte Abdullah.
Acara yang mendapat sambutan hangat, Tarik Tali antara rumah sukan
Penyampaian hadiah kepada pemenang oleh GPK KOKO En Mohd Anuar Bin Jaafar dan S/U KOKO En Mohd Khafiz Bin Mohd Ali
Bacaan ikrar diketui oleh Adik Mohammad Azri dari kelas 6 Arif
Upacara perbarisan oleh peserta-peserta kejohanan mengikut rumah sukan masing-masing