Keputusan Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-7


Sukan Tahunan Kali Ke-7 2009 SK Taman Bukit Mewah telah dirasmikan dengan sempurnanya oleh Yang Berhormat Osman Bin Hj Sapian, selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas pada 1 November 2009 (Ahad).

Dalam temasya kali ini pelbagai acara telah dipertandingkan seperti dibawah.
  • Rejam lembing Kategori A dan B
  • Lontar Peluru Kategori A dan B
  • Lompat Tinggi Kategori A, B dan C
  • Lompat Jauh Kategori A, B dan C
  • 100 meter Kategori A, B dan C
  • 200 meter Kategori A, B dan C
  • 4 X 100 meter Kategori A, B dan C
  • Tarik Tali antara Rumah-Rumah Sukan
  • Tari Tali antara Guru-guru dan kaum bapa
  • 10X10 meter antara guru-guru dan kaum ibu
  • Cabutan bertuah


Berikut adalah keputusan keseluruhan kedudukan rumah-rumah sukan berdasarkan pungutan mata sepanjang Temasya Sukan Tahunan ini berlangsung.

  • Johan - Rumah Iswar
  • Naib Johan - Rumah Wira
  • Ketiga - Rumah Waja dan Rumah Tiara

Berikut adalah keputusan bagi pertandingan rumah sukan tercantik dan perbarisan pada temasya sukan kali ini:
  • Khemah Tercantik - Rumah Tiara
  • Perbarisan - Rumah Wira


Pihak Sekolah ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan temasya sukan tahunan ini. Terutamanya kepada pihak PIBG SK Taman Bukit Mewah, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Kakitangan SK Taman Bukit Mewah, Ibubapa serta individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan temasya tahunan in.

0 comments:

Post a Comment