Jamuan Tahun 6

Jamuan akhir tahun bagi pelajar-pelajar tahun 6 bertujuan meraikan mereka setelah berjaya melepasi peperiksaan UPSR dan juga majlis perpisahan bagi mereka melangkahkan kaki ke sekolah menengah pada tahun depan. Jamuan ini melibatkan semua pelajar tahun 6, AJK PIBG dan guru-guru serta kakitangan SK Taman Bukit Mewah.

Pertandingan Bola Tampar Piala Pusingan SKTBM

Pertandingan bola tampar yang telah diadakan pada 14 November 2010 baru-baru ini telah mendapat sambutan yang hangat, sebanyak sembilan buah pasukan telah menyertai pertandingan ini. SK Taman Bukit Mewah telah berjaya menjuarai kejohanan ini dan membawa pulang piala pusingan yang telah dipegang oleh pasukan dari JPNJ pada tahun 2008. Manakala tempat kedua dan ketiga, masing-masing sandang oleh pasukan KRT Taman Bukit Mewah dan SK Pengkalan Rinting. Pihak Kelab Guru dan Kakitangan SK Taman Bukit Mewah ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam kejohanan ini.


Keputusan UPSR 2010

Tahniah diucapkan kepada semua calon UPSR 2010 kerana telah berjaya meningkatkan peratus menguasai dan Gred Purata Sekolah (GPS). Unit Peperiksaan SK Taman Bukit Mewah juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam Program Kecemerlangan UPSR 2010 terutamanya pihak pengurusan SKTBM, guru-guru, PIBG dan ibu bapa serta penjaga. Walaupun berlaku penurunan pelajar cemerlang dari 21 orang kepada 9 orang tetapi peningkatan Peratus menguasai sebanyak 0.50% kepada 78.70% dan Gred Purata Sekolah (GPS) kepada 2.10 . Berikut adalah perbandingan keputusan UPSR dengan peperiksaan-peperiksaan sepanjang tahun serta sasarannya.

PERATUS MENGUASAI



 BAHASA MELAYU 1


BAHASA MELAYU 2


BAHASA INGGERIS


MATEMATIK



SAINS

Pelajar Cemerlang 2010

Tahniah diucapkan kepada semua calon yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2010. Semoga dengan kejayaan yang bermakna ini, ia akan menjadi bekal pada masa hadapan untuk mengecapi kecemerlangan pada hari-hari yang mendatang. Berikut adaah pelajar 5A 2010 yang telah diumumkan pada pagi tadi
  1. Aiza Jasmin Bte JAsni
  2. Amutha Saragasan
  3. Azrul Izham Bin Tajudin
  4. Dharini a/p Mohan Krishnan
  5. Mimi Shazlyn Bte Saharuddin
  6. Noor Hazwani Bte Muhammad Nor
  7. Nur Safwah bte Abdul Rahaman
  8. Nur Shahira Bte Mohamad Mahyuddin
  9. Nuraina Najwa Bte Abd Hamid

Tahniah....... Teruskan Usaha Anda!!!!!

Pertandingan Bola Tampar Piala Pusingan SKTBM

Pertandingan Bola Tampar Jemputan Piala Pusingan SK Taman Bukit Mewah merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KGKT) SK Taman Bukit Mewah yang akan diadakan pada Ahad, 14 November 2010 nanti.  Berikut adalah aturcara pertandingan ini:

  • 0800 - 0900 : Pendaftaran peserta dan Taklimat Teknikal Pertandingan
  • 0900 - 1300 : Pertandingan peringkat kumpulan
  • 1300 - 1400 : Rehat, Makan tengahari dan solat Zohor
  • 1400 - 1530 : Perlawanan separuh akhir 1, separuh akhir 2 dan perlawana akhir.
  • 1530 - 1600 : Penyampaian hadiah dan sesi bergambar.
  • 1630            : Majlis Bersurai
Segala perubahan akan diberitahu dari masa ke semasa oleh pihak penganjur pertandingan. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan En. Mohd Anis Bin Buang ditalian 07-2340105.

Aturcara Program Jati Diri

Berikut adalah atucara Program Jati Diri bagi pelajar-pelajar tahun 3, 4 dan 5 yang akan diadakan pada Sabtu, 13 November 2010 nanti.

  • 08:00 pagi : Pendaftaran murid
  • 08.30 pagi : berkumpul di dewan
  • 08.35 pagi : Aktiviti kokurikulum di sekolah
  • 09.30 pagi : Rehat
  • 10.00 pagi : Kepentingan sahsiah dalam diri pelajar
  • 1215 tgh    : Bersurai
Sekian, harap maklum.

Program Jati Diri

Program jati diri ini merupakan program anjuran unit kokurikulum SKTBM bagi memberi penerangan dan pendedahan tentang kepentingan kokurikulum, sahsiah dan penglibatan murid dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah pada tahun 2011. Berikut adalah butiran program yang akan diadakan:

  • Tarikh :13 November 2010 (Sabtu) 
  • Tempat : Dewan Sri Mewah, SK Taman Bukit Mewah 
  • Masa  : 8:00 pagi hingga 12.15 tengahari

Diharap ibu bapa dan penjaga dapat menyediakan pengangkutan pergi dan balik pelajar. Segala kerjasama ibu bapa dan penjaga amat dihargai, Sekian harap maklum.

Aktiviti Selepas UPSR- Usahawan Muda

Usahawan Muda merupakan salah satu projek tahunan selepas pelajar-pelajar menduduki UPSR. 'Usahawan Muda" yang dikendalikan oleh bekas usahawan sekolah,  Pn Rahimah bte Mohamad ini mendapat sambutan yang begitu mengalakkan. Tujuan utama Usahawan Muda ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar selok belok tentang alam perniagaan.





Aktiviti Selepas UPSR- Ceramah Cegah Jenayah

Satu lagi Aktiviti Selepas UPSR 2010 yang memberi input yang bermakna kepada pelajar-pelajar tahun 6 SK Taman Bukit Mewah adalah Ceramah Kesedaran Jenayah. Para penceramah kali ini, ASP Zuhaily dijemput khas dari Polis Cawangan Skudai, Johor Bahru. Pelbagai maklumat yang berfaedah dan bermanfaat dipaparkan bagi memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang perkembangan jenayah pada masa sekarang. Selain daripada itu, pelajar-pelajar juga didedahkan dengan cara mengelak dari terjebat dalam jenayah serta cara-cara menghindari dari menjadi mangsa jenayah.




Majlis Perpisahan

Sambutan Majlis Perpisahan Guru Besar SK Taman Bukit Mewah dibuat dengan penuh kesederhanaan yang dianjurkan oleh Kelab Guru Dan Kakitangan SK Taman Bukit Mewah baru-baru ini. Semoga yang diraikan, Pn Hjh Siti Esah Bte Yaacub dapat meneruskan "kecemerlangannya" di sekolah baru, SK Kubang Kiat, Kelantan. 


Aktiviti Selepas UPSR- Rekacipta Roket





Berikut adalah gambaran sekitar Aktiviti Selepas UPSR, Merekacipta Model Roket. Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan tentang konsep asas bagi sesebuah roket. Aktiviti Selepas UPSR pada kali ini dikendalikan sepenuhnya oleh Cikgu Mat Zainal dan dibantu oleh guru-guru sains SK Taman Bukit Mewah.

Kemeriahan Sukan Tahunan 2010

Sukan Tahunan Kali Ke-8 tahun ini begitu bermakna kepada semua warga SK Taman Bukit Mewah kerana inilah buat julung-julung kalinya dibuat di Stadium Tan Seri Datuk Hj Hassan Yunus, Larkin. Para warga SK Taman Bukit Mewah melangkahkan kaki ke dalam stadium dengan perasaan megah dan bangga. Temasya sukan tahunan kali ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Osman Bin Hj Sapian, Ahli Dewan Undangan Kempas.










Jamuan Hari Raya 4 Arif



Jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri 2010 bertempat di Kelas 4 Arif.

Aktiviti Selepas UPSR- Kraftangan


Kraftangan merupakan salah satu daripada aktiviti selepas UPSR yang dikelolakan oleh Cik Siti Zubaidah Bte Yusof. Pelajar-pelajar membuat beberapa model haiwan dan bentuk-bentuk yang menarik dengan menggunakan tepung khas "Plaster Of Paris".

Sukan Tahunan Kali Ke-8

Temasya sukan tahunan SK Taman Bukit Mewah pada kali ke-8 ini akan berlangsung di Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunus. Inimerupakan pengalaman pertama bagi kebanyakan warga SK Taman Bukit Mewah menjejakkan kaki ke stadium yang tidak asing lagi bagi peminat-peminat sukan di Negeri Johor. Acara sukan tahunan ini merupakan anjuran bersama antara pihak PIBG dan Unit Kokurikulum SK Taman Bukit Mewah. Pihak sekolah ingin mengalu-alukan kedatangan para ibu bapa serta penjaga bagi memeriahkan lagi temasya sukan ini. Datanglah beramai-ramai di

SUKAN TAHUNAN KALI KE-8
SK TAMAN BUKIT MEWAH
2010
BERTEMPAT DI STADIUM TAN SRI DATO' HJ HASSA YUNUS
LARKIN, JOHOR BAHRU
PADA 14 OKTOBER 2010
JAM 8:00 PAGI

Kedudukan Terkini Rumah Sukan

Berikut adalah kedudukan terkini mata bagi rumah-rumah sukan SK Taman Bukit Mewah sempena "Sukan Tahunan Kali Ke-8" pada tahun 2010.

PASUKAN REJAM LONTAR LOMPAT LOMPAT  SUKAN JUMLAH
LEMBING PELURU JAUH TINGGI TARA SEMASA
LAKSAMANA 21 29 35 12 300 397
PANGLIMA 17 19 54 57 403 550
TEMENGGONG 32 29 40 43 355 499
BENDAHARA 18 11 3 18 340 390

Senarai Pemenang Bagi Acara Balingan

Berikut adalah keputusan bagi acara balingan sempena "Sukan Tahunan Kali Ke-8, SK Taman Bukit Mewah 2010". Pertnadingan antara rumah ini telah dijalankan pada 12 OKtober 2010.

ACARA : MEREJAM LEMBING (LELAKI A)







Kedudukan Nama Pemenang No Peserta Pasukan Masa / Jarak
1 Muhammad Najmi Hakeem LA003 Laksamana 18.95 meter
2 Muhammad Afeeq LA001 Laksamana 11.03 meter
3 Muhammad Haziq Danial PA004 Panglima 10.09 meter
4 Muhammad Alif Alfian TE006 Temenggong 10.06 meter





ACARA : MEREJAM LEMBING (PEREMPUAN A)






Kedudukan Nama Pemenang No Peserta Pasukan Masa / Jarak
1 Susilawati Bt. Marohan TE013 Temenggong 11.65 meter
2 Noor Hazwani Bt. Mohamad Nor BE008 Bendahara 9.16 meter
3 Sarah Aisya Haque BE007 Bendahara 8.92 meter
4 Nurul Fadilla PA009 Panglima 7.15 meter





ACARA : MEREJAM LEMBING (LELAKI B)







Kedudukan Nama Pemenang No Peserta Pasukan Masa / Jarak
1 Muhamad Fauzan TE007 Temenggong 9.36 meter
2 Mohd Hairit Abdullah BE015 Bendahara 6.92 meter
3 Muhamad Shahiran TE008 Temenggong 6.43 meter
4 Muhammad Faiz Najib PA007 Panglima 6.30 meter





ACARA : MEREJAM LEMBING (PEREMPUAN B)






Kedudukan Nama Pemenang No Peserta Pasukan Masa / Jarak
1 Nur Thuraiya Bahiran PA013 Panglima 6.74 meter
2 Beatrice Anak Stewart TE015 Temenggong 6.46 meter
3 Farah Nadhirah LA025 Laksamana 6.17 meter
4 Rhubenii A/P Ganesh Rao PA014 Panglima 5.19 meter





ACARA : MELONTAR PELURU (LELAKI A)







Kedudukan Nama Pemenang No Peserta Pasukan Masa / Jarak
1 Muhammad Najmi Hakeem LA003 Laksamana 6.98 meter
2 Muhammad Afeeq LA001 Laksamana 6.83 meter
3 Muhd Asyraf Haziq PA005 Panglima 6.35 meter
4 Muhammad Alif Alfian B. Nur Hisham TE006 Temenggong 5.70 meter





ACARA : MELONTAR PELURU (PEREMPUAN A)







Kedudukan Nama Pemenang No Peserta Pasukan Masa / Jarak
1 Nur Syahira Bt. Mohd Mahyuddin BE010 Bendahara 5.38 meter
2 Nur Amira Afiqah PA008 Panglima 5.18 meter
3 Susilawati Bt. Marohan TE013 Temenggong 5.02 meter
4 Nur Shaqeela LA011 Laksamana 4.70 meter





ACARA : MELONTAR PELURU (LELAKI B)







Kedudukan Nama Pemenang No Peserta Pasukan Masa / Jarak
1 Fauzan TE007 Temenggong 4.73 meter
2 Muhamad Shahiran TE008 Temenggong 4.55 meter
3 Muhamad Nor Faez PA008 Panglima 4.43 meter
4 Muhammad Fikri LA019 Laksamana 4.24 meter





ACARA : MELONTAR PELURU (PEREMPUAN B)







Kedudukan Nama Pemenang No Peserta Pasukan Masa / Jarak
1 Farah Nadhirah LA025 Laksamana 3.80 meter
2 Beatrice Anak Stewart TE015 Temenggong 3.78 meter
3 Nurhamifa Haziyah PA012 Panglima 3.75 meter
4 Nur Saiyidah Ezzate BE027 Bendahara 3.48 meter

Senarai Pemenang Bagi Acara Lompatan

Berikut adalah keputusan bagi pertandingan lompat tinggi dan lompat jauh sempena acara "Sukan Tahunan Kali Ke-8, SK TAman Bukit Mewah 2010" yang telah diadakan baru-baru ini

ACARA : LOMPAT JAUH (LELAKI A)







Kedudukan Nama Pemenang No Peserta Pasukan Masa / Jarak
1 Muhammad Farid Norisman TE001 Temenggong 3.81 meter
2 Muhammad Syazwan Mazlan TE002 Temenggong 3.72 meter
3 Muhammad Danish Syukri LA002 Laksamana 3.33 meter
4 Ameerul Alif Azahari BE001 Bendahara 3.12 meter





ACARA : LOMPAT JAUH (PEREMPUAN A)







Kedudukan Nama Pemenang No Peserta Pasukan Masa / Jarak
1 Nur Amira Afiqah PA008 Panglima 3.57 meter
2 Fatin Nurdiyana LA010 Laksamana 3.50 meter
3 Alia Allyashah Bt. Rosarif TE011 Temenggong 3.48 meter
4 Nur Safwah Bt. Abd Rahman TE010 Temenggong 3.07 meter





ACARA : LOMPAT JAUH (LELAKI B)







Kedudukan Nama Pemenang No Peserta Pasukan Masa / Jarak
1 Muhammad Sufi Izzat LA015 Laksamana 3.44 meter
2 Luqman Hazim PA006 Panglima 3.14 meter
3 Ahmad Baihaqi Abd Rahim PA004 Panglima 3.05 meter
4 Muhamad Idham Khamis BE018 Bendahara 3.03 meter





ACARA : LOMPAT JAUH (PEREMPUAN B)







Kedudukan Nama Pemenang No Peserta Pasukan Masa / Jarak
1 Nuraina Afiqah Azmi PA014 Panglima 3.11 meter
2 Amirah Najihah Bt. Abd Rahim TE014 Temenggong 2.55 meter
3 Nurnajma Naili LA022 Laksamana 2.31 meter
4 Nur Hamifa Haziyah PA012 Panglima 2.23 meter





ACARA : LOMPAT JAUH (LELAKI C)







Kedudukan Nama Pemenang No Peserta Pasukan Masa / Jarak
1 Mohammad Hasrul Nazmi LA029 Laksamana 2.82 meter
2 Hafiy Azri PA002 Panglima 2.76 meter
3 Kamarus Fikri M. Zain PA003 Panglima 2.64 meter
4 Nik Mohd Azizan BE031 Bendahara 2.60 meter





ACARA : LOMPAT JAUH (PEREMPUAN C)







Kedudukan Nama Pemenang No Peserta Pasukan Masa / Jarak
1 Nur Syafirah Bt. Abd Rahman TE011 Temenggong 2.42 meter
2 Husna PA011 Panglima 2.31 meter
3 Nur Daynia PA012 Panglima  2.18 meter
4 Syakira Bt. Murat TE010 Temenggong 1.88 meter





ACARA : LOMPAT TINGGI (LELAKI A)







Kedudukan Nama Pemenang No Peserta Pasukan Masa / Jarak
1 Muhammad Faiz B. Mohamat Napiah TE004 Temenggong 115 cm
2 Ahmad Fauzi B. Naim PA001 Panglima 110 cm
3 Muhamad Izzuwan B. Khamis BE003 Bendahara 105 cm
4 Muhd Haziq Danial PA004 Panglima 101 cm





ACARA : LOMPAT TINGGI (PEREMPUAN A)







Kedudukan Nama Pemenang No Peserta Pasukan Masa / Jarak
1 Nor Zafika Bt. Zafri BE006 Bendahara 105 cm (NR)
2 Fatin Nurdiyana LA010 Laksamana 100 cm
3 Nur Syahirah Mohd Yatim TE012 Temenggong 96 cm
4 Wan Aishah Bt. Wan Osman TE009 Temenggong 93 cm





ACARA : LOMPAT TINGGI (LELAKI B)







Kedudukan Nama Pemenang No Peserta Pasukan Masa / Jarak
1 Ahmad Baihaqi Abd Rahim PA004 Panglima 105 cm
2 Muhammad Nur Farhan TE002 Temenggong 100 cm
3 Erick Raj A/L Murthy PA005 Panglima 100 cm
4 Muhammad Sufi Izzat LA015 Laksamana 100 cm





ACARA : LOMPAT TINGGI (PEREMPUAN B)







Kedudukan Nama Pemenang No Peserta Pasukan Masa / Jarak
1 Nur Azila Natasha PA009 Panglima 95 cm
2 Ermawati Bt. Amir TE012 Temenggong 90 cm
3 Nurnajma Naili LA022 Laksamana 88 cm
4 Afiqah Zafiera Bt. Hj. Asri TE010 Temenggong 85 cm





ACARA : LOMPAT TINGGI (LELAKI C)







Kedudukan Nama Pemenang No Peserta Pasukan Masa / Jarak
1 Omar Aiman Mustafar PA005 Panglima 88 cm
2 Muhammad Hairul Hakim B. Zainal Abidin TE001 Temenggong 88 cm
3 Mohd Amirul Hakim BE032 Bendahara 88 cm
4 Yugabalan A/L Thayalan TE005 Temenggong 85 cm





ACARA : LOMPAT TINGGI (PEREMPUAN C)







Kedudukan Nama Pemenang No Peserta Pasukan Masa / Jarak
1 Husna PA011 Panglima 85 cm
2 Nur Daynia PA013 Panglima 80 cm
3 Hazirah Adibah Bt. Sa’idan TE012 Temenggong 82 cm
4 Nur Syafirah Bt. Abd Rahman TE011 Temenggong 81 cm

Keputusan Sukan Tara 2010

Berikut adalah keputusan sukan tara antara rumah sukan SK Taman Bukit Mewah.

PASUKAN MATA
LAKSAMANA 300
PANGLIMA 403
TEMENGGONG 355
BENDAHARA 340

Talentime Tahun 6

Selepas menduduki Peperiksaan UPSR, pelbagai aktiviti bermanfaat telah dijalankan bagi pelajar-pelajar tahun 6 SK Taman Bukit Mewah dikenali sebagai "Aktiviti Selepas UPSR". Antara salah satu aktiviti yang mendapat sambutan hangat adalah Talentime yang bertujuan untuk menguji serta mendedahkan bakat yang terpendam yang terdapat dikalangan pelajar tahun 6. Berikut adalah beberapa gambaran perjalanan aktiviti ini.



Pengumuman

Pungutan markah bagi sukan tara yang telah berlangsungpada minggu lepas akan diumumkan dalam masa yang terdekat. Diharap semua peserta setiap rumah sukan dapat menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi bagi meletakkan rumah sukan masing-masing ditempat yang teratas.

Jadual Sukan Tahunan 2010

LATIHAN RUMAH SUKAN
  • Laksamana (Hijau) - 27 September 2010 dan 4 Oktober 2010
  • Bendahara (Biru) - 28 Septeber 2010 dan 5 Oktober 2010
  • Temenggong (Kuning) - 29 September 2010 dan 6 Oktober 2010
  • Panglima (Merah) - 30 September 2010 dan 7 Oktober 2010
SUKAN TARA 
  • 9 Oktober 2010 (Jumaat)
  • Pagi
PERTANDINGAN ACARA PADANG (LOMPATAN)
  • 11 Oktober 2010
  • Petang
PERTANDINGAN ACARA PADANG (BALINGAN)
  • 12 Oktober 2010
  • Petang
LATIHAN PERBARISAN
  • 13 Oktober 2010
  • Pagi
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2010
  • 14 Oktober 2010 (Khamis)
  • 8:00 pagi
  • Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunos, Larkin


SEMUA IBUBAPA DAN PENJAGA DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN LAGI ACARA TAHUNAN INI

* Sebarang perubahan akan diberitahu kemudian.

Majlis Sambutan Aidilfitri 2010

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri  peringkat SK Taman Bukit Mewah ini disambut dengan penuh meriah. Selain daripada hidangan pelbagai juadah yang menyelerakan, para warga SK Taman Bukit Mewah juga telah dihiburkan dengan pelbagai acara yang melibatkan murid dan guru. Berikut sekitar sambutan Aidilfitri ini.