Taklimat Bayaran Keperluan


Pihak SK Taman Bukit Mewah dengan kerjasama PIBG telah mengadakan taklimat khas mengenai bayaran keperluan pelajar-pelajar bagi sesi persekolahan 2010. Taklimat ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKTBM, Pn Hjh Siti Esah Bte Yaacub dan YDP PIBG SKTBM, En Yusaini Bin Ali pada 1 Januari 2010 (Jumaat). Tujuan utama taklimat ini diadakan adalah untuk memperincikan dengan lebih mendalam tentang keperluan pelajar-pelajar serta penerangan ringkas mengenai perjalanan persekolahan pada sesi 2010. Pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih kepada semua terutamanya pihak PIBG serta ibubapa yang telah memberi kerjasama sama ada secara langsung atau tidak.