Minggu Anti Dadah

Minggu Anti Dadah Peringkat SK Taman Bukit Mewah terlag bermula dari 29 Mac 2010 sehingga 2 April 2010. Pelbagai aktiviti ankan dijalankan seperti di bawah:
  • 29 Mac 2010 - Perasmian Minggu Anti Dadah dan Perasmian Bilik PPDa sekolah
  • 30 Mac 2010 - Pameran dan Ceramah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
  • 31 Mac 2010 - Pertandingan Mewarna Prasekolah, Tahap 1 dan Tahap 2.
  • 1 April 2010 - Pertandingan Mendeklamasikan Sajak Tahap Anti Dadah 2
  • 2 April 2010 - Majlis Penutup "Minggu Anti Dadah 2010"
Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Cik Norfarhanah Bte Tahir di talian 07-2340105.

Berikut adalah gambar sekitar Minggu Anti Dadah yang disambut di SKTBM......

Perasmian Bilik PPDa

Bilik PPDa SK Taman Bukit Mewah telah dirasmikan dengan rasminya oleh Tuan Guru Besar, Pn Hjh Siti Esah Binti Yaacub pada 29 Mac 2010 disaksikan oleh GPK HEM, En Hamzah Bin Hj Rawian. Bilik PPDa ini bertindak sebagai pusat penyebaran maklumat tentang bahaya penggunaan dadah dan merokok serta kesan-kesan daripada aktiviti yang tidak bermoral ini.......

Majlis Perasmian Minggu Anti Dadah

Minggu Anti Dadah Peringkat SK Taman Bukit Mewah dilancarkan dengan rasminya pada 29 Mac 2010 di Dataran Kejat. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Pn Hjh Siti Esah Bte Yaacub dengan disaksikan oleh semua warga SK Taman Bukit Mewah. Matlamat utamanya adalah untuk memupuk kesedaran tentang bahayanya penyalahgunaan dadah dan rokok.....

Persembahan Panitia KT

Syabas diucapkan kepada semua guru Panitia Kajian Tempatan terutama penerajunya, En Hairurnizam Bin Zin kerana telah berjaya mempersembahkan satu tarian tradisioanal Masyarakat India sempena dengan Persembahan Mingguan Panitia untuk dipersembahkan kepada semua warga SKTBM.

Tahniah......

Tahniah dan Ucapan ribuan terima kasih kepada Pasukan Bola Tampar Sekolah kerana telah berjaya menduduki tempat ke-4 (Pasukan perempuan) dan ke-3 (Pasukan lelaki) dalam pertandingan Bola Tampar Peringkat Zon Bandar baru-baru ini. Sekalung penghargaan ke atas usaha dan kerjasama Pengurus dan jurulatih serta guru-guru yang terlibat dalam membentuk pasukan bola tampar sekolah untuk mengharungkan nama sekolah ini...... SYABAS DIUCAPKAN!!!!

Perasmian Minggu Bahasa Melayu

Perasmian Minggu Bahasa Melayu peringkat SK Taman Bukit Mewah telah dirasmikan dengan sempurnanya oleh Tuan Guru Besar Sk Taman Bukit Mewah, Pn Hjh Siti Esah Bte Yaacub pada 22 Mac 2010. Minggu Bahasa Melayu ini dibawah kendalian Panitia Bahasa Melayu yang diketuai oleh Pn Jalilawati Bte Jamian. Pelbagai acara telah diadakan antaranya ialah Pertandingan Bercerita, Berpidato dan bersajak. Pertandingan-pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar SK Taman Bukit Mewah.

Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-8

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-8 dan Anugerah Pelajar Cemerlang 2009 telah diadakan pada 27 Mac 2010 bertempat di Dewan Seri Mewah, SK Taman Bukit Mewah. Mesyuarat agung ini telah dirasmikan oleh YB Osman Bin Hj Sapian, Ahli Dewan Undangan Kempas (ADUN). Pelbagai acara telah diadakan sekitar majlis tersebut, antaranya ialah perbarisan hormat oleh Unit Beruniform, Pantomin, Persembahan Recorder, Nasyid dan cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah yang begitu mengujakan. Berikut adalah gambaran sekitar majlis tersebut berlangsung........

Jamuan Tahunan KGKT & Majlis Perpisahan


Jamuan Tahunan dan Majlis Perpisahan anjuran Kelab Kebajikan dan Kakitangan SK Taman Bukit Mewah (KGKT) telah diadakan pada 5 Mac 2010 bertempat di Hotel Blue Wave, Johor Bahru. Jamuan ini merupakan acara tahunan sebelum pembubaran ahli jawatankuasa KGKT. Pada masa yang sama juga diadakan Majlis Perpisahan bagi meraikan guru-guru serta kakitangan SK Taman Bukit Mewah yang berpindah ke sekolah yang baru, mereka terdiri daripada Pn Nor Malinda Bte Arsat, Pn Khamellia Bte Jawan, En Safie Bin Hj Masri dan Pn Normah Bte Mon.
Pihak KGKT juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbiran SK Taman Bukit Mewah, En Yusaini Bin Ali, Amir Catering, En Samsur Bin Abu, Kakitangan Hotel Blue Wave dan semua kakitangan SK Taman Bukit Mewah yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Pertandingan Sepak Takraw

Pertandingan sepak takraw peringkat Zon Bandar akan diadakan pada 6 Mac 2010 bertempat di SK Tampoi Utama. Diharap pasukan SK Taman Bukit Mewah dapat mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan tersebut. Ini merupakan pasukan perintis bagi SK Taman Bukit dalam pertandingan sepak takraw. Pasukan yang  buat pertama kali dihantar ke pertandingan dan merupakan pendedahan awal dalam meningkatkan kemahiran dan pengalaman. Pasukan SK Taman Bukit Mewah ini diketuai oleh Jurulatih yang berpengalaman dalam arena sepak takraw iaitu  En. Syahmee Aziyan Bin Hj Mohd Ishak. Semoga segala tunjuk ajar beliau akan membuahkan hasil. 

SEMOGA BERJAYA..........!!!!!!

Sekilas Pandang.....

Berikut adalah beberapa aktiviti yang telah dijalankan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling. Antaranya ialah


Kursus Motivasi Dan Dialog Ibubapa 2010

  • Tarikh : 6 Feb 2010
  • Masa : 8.00 pg hingga 12.00 tgh
  • Sasaran: Ibu bapa dan murid-murid tahun 6

Program Kelas Angkat
  • Tarikh : 6 Feb 2010
  • Masa : 12.00 tgh hingga 2.00ptg.
  • Sasaran : Ibu bapa dan murid bagi semua ketua dan penolong kelas.


Program Semarak Kasih
  • Tarikh : 10 Feb 2010
  • Masa : 2.00 ptg hingga 4.00 ptg
  • Sasaran : Ibu bapa bagi murid 2 Cerdik, 3 Cerdik, 4 Cerdik dan 5 Cerdik.



Kursus Kepimpinan Dan Ketahanan
  • Tarikh : 27 Feb 2010
  • Masa :8.00 pg hingga 12.30 tgh
  • Sasaran : Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Ketua Kelas.

Lawatan Bench Marking ke STAR1

Tahniah diucapkan kepada unit Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) kerana telah berjaya menganjurkan satu lawatan yang bermakna dan berfaedah. Unit Pengurusan PSS SK Taman Bukit Mewah ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada pihak pengurusan serta guru-guru STAR 1 kerana memberi ruang kepada kami untuk membuat lawatan serta memberi pendedahan yang bermakna. Berikut adalah gambar-gambar sekitar lawatan tersebut.