Kemeriahan Sukan Tahunan 2010

Sukan Tahunan Kali Ke-8 tahun ini begitu bermakna kepada semua warga SK Taman Bukit Mewah kerana inilah buat julung-julung kalinya dibuat di Stadium Tan Seri Datuk Hj Hassan Yunus, Larkin. Para warga SK Taman Bukit Mewah melangkahkan kaki ke dalam stadium dengan perasaan megah dan bangga. Temasya sukan tahunan kali ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Osman Bin Hj Sapian, Ahli Dewan Undangan Kempas.