Sukan Tara 2010

Sukan Tahunan SK Taman Bukit Mewah 2010 akan berlangsung pada 14 Oktober 2010. Bagi memeriahkan lagi acara tahunan ini, pihak sekolah terutamanya Unit Koko telah mengadakan sukan tara antara rumah-rumah sukan iaitu Temenggong, Bendahara, Panglima dan Laksamana. Sukan tara ini melibatkan acara lari 100 meter, lompat jauh dan lompat tinggi. Kesemua peserta telah menunjukkan semangat yang begitu membara bagi mendapatkan mata yang bermakna bagi memberi kemenangan kepada rumah suka masing-masing. Berikut adalah sekitar sukan tara berlangsung.