Jamuan Tahun 6

Jamuan akhir tahun bagi pelajar-pelajar tahun 6 bertujuan meraikan mereka setelah berjaya melepasi peperiksaan UPSR dan juga majlis perpisahan bagi mereka melangkahkan kaki ke sekolah menengah pada tahun depan. Jamuan ini melibatkan semua pelajar tahun 6, AJK PIBG dan guru-guru serta kakitangan SK Taman Bukit Mewah.

Pertandingan Bola Tampar Piala Pusingan SKTBM

Pertandingan bola tampar yang telah diadakan pada 14 November 2010 baru-baru ini telah mendapat sambutan yang hangat, sebanyak sembilan buah pasukan telah menyertai pertandingan ini. SK Taman Bukit Mewah telah berjaya menjuarai kejohanan ini dan membawa pulang piala pusingan yang telah dipegang oleh pasukan dari JPNJ pada tahun 2008. Manakala tempat kedua dan ketiga, masing-masing sandang oleh pasukan KRT Taman Bukit Mewah dan SK Pengkalan Rinting. Pihak Kelab Guru dan Kakitangan SK Taman Bukit Mewah ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam kejohanan ini.


Keputusan UPSR 2010

Tahniah diucapkan kepada semua calon UPSR 2010 kerana telah berjaya meningkatkan peratus menguasai dan Gred Purata Sekolah (GPS). Unit Peperiksaan SK Taman Bukit Mewah juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam Program Kecemerlangan UPSR 2010 terutamanya pihak pengurusan SKTBM, guru-guru, PIBG dan ibu bapa serta penjaga. Walaupun berlaku penurunan pelajar cemerlang dari 21 orang kepada 9 orang tetapi peningkatan Peratus menguasai sebanyak 0.50% kepada 78.70% dan Gred Purata Sekolah (GPS) kepada 2.10 . Berikut adalah perbandingan keputusan UPSR dengan peperiksaan-peperiksaan sepanjang tahun serta sasarannya.

PERATUS MENGUASAI



 BAHASA MELAYU 1


BAHASA MELAYU 2


BAHASA INGGERIS


MATEMATIK



SAINS

Pelajar Cemerlang 2010

Tahniah diucapkan kepada semua calon yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2010. Semoga dengan kejayaan yang bermakna ini, ia akan menjadi bekal pada masa hadapan untuk mengecapi kecemerlangan pada hari-hari yang mendatang. Berikut adaah pelajar 5A 2010 yang telah diumumkan pada pagi tadi
  1. Aiza Jasmin Bte JAsni
  2. Amutha Saragasan
  3. Azrul Izham Bin Tajudin
  4. Dharini a/p Mohan Krishnan
  5. Mimi Shazlyn Bte Saharuddin
  6. Noor Hazwani Bte Muhammad Nor
  7. Nur Safwah bte Abdul Rahaman
  8. Nur Shahira Bte Mohamad Mahyuddin
  9. Nuraina Najwa Bte Abd Hamid

Tahniah....... Teruskan Usaha Anda!!!!!

Pertandingan Bola Tampar Piala Pusingan SKTBM

Pertandingan Bola Tampar Jemputan Piala Pusingan SK Taman Bukit Mewah merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KGKT) SK Taman Bukit Mewah yang akan diadakan pada Ahad, 14 November 2010 nanti.  Berikut adalah aturcara pertandingan ini:

  • 0800 - 0900 : Pendaftaran peserta dan Taklimat Teknikal Pertandingan
  • 0900 - 1300 : Pertandingan peringkat kumpulan
  • 1300 - 1400 : Rehat, Makan tengahari dan solat Zohor
  • 1400 - 1530 : Perlawanan separuh akhir 1, separuh akhir 2 dan perlawana akhir.
  • 1530 - 1600 : Penyampaian hadiah dan sesi bergambar.
  • 1630            : Majlis Bersurai
Segala perubahan akan diberitahu dari masa ke semasa oleh pihak penganjur pertandingan. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan En. Mohd Anis Bin Buang ditalian 07-2340105.

Aturcara Program Jati Diri

Berikut adalah atucara Program Jati Diri bagi pelajar-pelajar tahun 3, 4 dan 5 yang akan diadakan pada Sabtu, 13 November 2010 nanti.

  • 08:00 pagi : Pendaftaran murid
  • 08.30 pagi : berkumpul di dewan
  • 08.35 pagi : Aktiviti kokurikulum di sekolah
  • 09.30 pagi : Rehat
  • 10.00 pagi : Kepentingan sahsiah dalam diri pelajar
  • 1215 tgh    : Bersurai
Sekian, harap maklum.

Program Jati Diri

Program jati diri ini merupakan program anjuran unit kokurikulum SKTBM bagi memberi penerangan dan pendedahan tentang kepentingan kokurikulum, sahsiah dan penglibatan murid dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah pada tahun 2011. Berikut adalah butiran program yang akan diadakan:

  • Tarikh :13 November 2010 (Sabtu) 
  • Tempat : Dewan Sri Mewah, SK Taman Bukit Mewah 
  • Masa  : 8:00 pagi hingga 12.15 tengahari

Diharap ibu bapa dan penjaga dapat menyediakan pengangkutan pergi dan balik pelajar. Segala kerjasama ibu bapa dan penjaga amat dihargai, Sekian harap maklum.

Aktiviti Selepas UPSR- Usahawan Muda

Usahawan Muda merupakan salah satu projek tahunan selepas pelajar-pelajar menduduki UPSR. 'Usahawan Muda" yang dikendalikan oleh bekas usahawan sekolah,  Pn Rahimah bte Mohamad ini mendapat sambutan yang begitu mengalakkan. Tujuan utama Usahawan Muda ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar selok belok tentang alam perniagaan.





Aktiviti Selepas UPSR- Ceramah Cegah Jenayah

Satu lagi Aktiviti Selepas UPSR 2010 yang memberi input yang bermakna kepada pelajar-pelajar tahun 6 SK Taman Bukit Mewah adalah Ceramah Kesedaran Jenayah. Para penceramah kali ini, ASP Zuhaily dijemput khas dari Polis Cawangan Skudai, Johor Bahru. Pelbagai maklumat yang berfaedah dan bermanfaat dipaparkan bagi memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang perkembangan jenayah pada masa sekarang. Selain daripada itu, pelajar-pelajar juga didedahkan dengan cara mengelak dari terjebat dalam jenayah serta cara-cara menghindari dari menjadi mangsa jenayah.




Majlis Perpisahan

Sambutan Majlis Perpisahan Guru Besar SK Taman Bukit Mewah dibuat dengan penuh kesederhanaan yang dianjurkan oleh Kelab Guru Dan Kakitangan SK Taman Bukit Mewah baru-baru ini. Semoga yang diraikan, Pn Hjh Siti Esah Bte Yaacub dapat meneruskan "kecemerlangannya" di sekolah baru, SK Kubang Kiat, Kelantan. 


Aktiviti Selepas UPSR- Rekacipta Roket





Berikut adalah gambaran sekitar Aktiviti Selepas UPSR, Merekacipta Model Roket. Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan tentang konsep asas bagi sesebuah roket. Aktiviti Selepas UPSR pada kali ini dikendalikan sepenuhnya oleh Cikgu Mat Zainal dan dibantu oleh guru-guru sains SK Taman Bukit Mewah.