Perjumpaan Ibubapa Pelajar LINUS

Pihak SK Taman Bukit Mewah telah mengadakan satu perjumpaan dengan para ibubapa dan penjaga pelajar LINUS bertujuan untuk mengurangkan jumlah pelajar LINUS di SK Taman Bukit Mewah. Perjumpaan ini juga adalah untuk memberi pendedahan tentang permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru LINUS serta mencari jalan yang bersesuaian dalam usaha pihak sekolah mengurangkan bilangan pelajar LINUS di SK Taman Bukit Mewah ini.



Pemenang Larian Mahkota SKTBM

Tahniah!!!!! Tahniah diucapkan kepada semua pelajar SK Taman Bukit Mewah yang telah melibatkan diri dalam Larian Mahkota terutamnya kepada 20 peserta lelaki dan perempuan terpantas. Berikut adalah gambar pemenang-pemenang bagi Larian Mahkota ini..




Larian Mahkota Peringkat SKTBM

Pelancaran Larian Mahkota peringkat SK Taman Bukit Mewah telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Pn Hjh Noor Siah Bte Sihes. Pelepasan larian ini serentak di seluruh negeri Johor bagi memertabatkan "Satu Murid Satu Sukan". Pada larian ini, pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada AJK PIBG serta semua ibubapa dan penjaga yang melibatkan diri dalam larian ini. berikut adalah sekitar larian tersebut.





Larian Mahkota 2011

Larian Mahkota ini akan diadakan pada 12 Februari 2011 yang bermatlamat untuk membangunkan Usaha Penglibatan Secara Menyeluruh Dan Bersepadu Bagi Mewujudkan Pelajar Dan Guru Yang Ghairah Untuk Bersukan “ Passion For Sport ”. Pelancaran larian Mahkota ini Sempena Program 1 Murid 1 Sukan Di Sekolah-sekolah seluruh Negeri Johor. Larian perdana mahkota ini akan diadakan serentak di setiap sekolah rendah dan menengah seluruh negeri johor dengan penglibatan pelajar dan guru tanpa paksaan. Selain daripada itu, larian ini juga terbuka kepada ibubapa/penjaga dengan penglibatan persatuan ibubapa dan guru sekolah  yang ingin turut serta dalam program ini. Berikut adalah laluan bagi Larian Mahkota bagi SK Taman Bukit Mewah…



Pendaftaran Zoom-A 2011

Pendaftaran Zoom-A bagi sesi persekolahan 2011 bagi pelajar tahun 5 dan tahun 6 telah bermula dari dari 25 Januari 2011. Berikut adalah beberapa pelajar tahun 5 dan tahun 6 yang belum membuat pendaftaran berdasarkan User ID yang telah diberikan.




Bil User ID Tahun
1 sktbm-5-10046 5
2 sktbm-5-10059 5
3 sktbm-6-10004 6
4 sktbm-6-10006 6
5 sktbm-6-10014 6
6 sktbm-6-10015 6
7 sktbm-6-10016 6
8 sktbm-6-10017 6
9 sktbm-6-10029 6
10 sktbm-6-10030 6
11 sktbm-6-10036 6
12 sktbm-6-10037 6
13 sktbm-6-10040 6
14 sktbm-6-10074 6
15 sktbm-6-10082 6


Diharap kepada semua pelajar yang memegang User ID seperti mana yang terpapar di atas membuat pendaftaran secepat mungkin. Bagi pelajar tahun 4 yang telah melanggan Zoom-A, User ID akan diberikan pada masa yang terdekat.

Sekian, untuk makluman bagi semua warga SKTBM......

Cuti Ganti Persekolahan

Cuti ganti persekolahan sempena menyambut perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali tahun 2011. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memaklumkan maklumat berikut.

1. Cuti sempena Tahun Baru Cina dan hari gantian persekolahan adalah
  • 31.01.2011 (Isnin) cuti berganti pada 22.01.2011 (Sabtu)
  • 01.02.2011 (Selasa) cuti berganti pada 19.02.2011 (sabtu)
  • 02.02.2011 (Rabu) cuti peristiwa (tidak berganti)
2. Cuti sempena Deepavali dan hari gantian persekolahan adalah
  • 24.10.2011 (Isnin) cuti berganti pada 09.04.2011(Sabtu)
  • 25.10.2011 (Selasa) cuti peristiwa (tidak berganti)
  • 27.10.2011 (Khamis) cuti berganti pada 23.04.2011(Sabtu)
  • 28.10.2011 (Jumaat) cuti berganti pada 07.05.2011(Sabtu)
Sekian, untuk makluman.