LDP 3 - Pengurusan Murid Bukan Warganegara

Latihan Dalam Perkhidmatan 3 (LDP3) telah disampaikan oleh seorang pegawai yang berpengalaman dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ), En. Mohd Azmi bin Hj. Abdul Rahman dalam  dalam pengurusan kemasukan murid bukan warganegara ke sekolah bantuan kerajaan. Tujuan utama LDP ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan kepada guru-guru dan staf SK Taman Bukit Mewah dalam menguruskan pelajar yang berstatus bukan warganegara.