MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER, KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS


Majlis Pelantikan dan Penyerahan Watikah Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Ketua Kelas dan Pen.Ketua Kelas sesi 2011 telah diadakan pada:

Hari : Isnin
Tarikh : 7 Mac 2011

Setelah 2 bulan menjalani tempoh percubaan kesemua pengawas pusat sumber sekolah, ketua kelas dan penolong ketua kelas menerima watikah pelantikan masing-masing.
Puan Salmiah Binti Ahmad, Guru Penolong Kurukulum telah menyempurnakan majlis tersebut. Adik Muhamad Muhammad Idham Bin Khamis telah dipilih menjadi Ketua Pengawas  Pusat Sumber dan Penolongnya pula Noor Nazurah  Binti Zulkiflee. Tahniah dan syabas kepada mereka yang terpilih dan selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.