Sambutan Maulidur Rasul 1432

Sambutan Maulidur Rasul peringkat SK Taman Bukit Mewah telah diadakan pada hari Khamis, 3 Mac 2011. Tahniah diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam kerana sambutan maulidur Rasul pada kali ini adalah yang paling meriah berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Apa yang membanggakan, pelbagai pihak terutamanya ibubapa dan penjaga banyak memberi sumbangan ikhlas dalam menjayakan acara tahunan ini. Pihak pengurusan sekolah ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ibubapa dan penjaga yang memberi kerjasama yang tak terhingga kepada pihak sekolah. Semoga dengan keikhlasan ini, ianya dapat memupuk semangat perpaduan antara pihak sekolah dan ibubapa serta penjaga.