Sekitar Sambutan Hari Guru 2011












d

Selamat Hari Guru 2011


SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURU DI MALAYSIA TERUTAMA SEKALI GURU-GURU DI SK TAMAN BUKIT MEWAH. SEMOGA USAHA ANDA MENDAPAT KEBERKATAN.

Latihan Perkhemahan 2011

Latihan Perkhemahan telah dijalankan pada 14 Mei 2011 (Sabtu) bagi memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar yang akan menjalani Perkhemahan Tahunan pada 27, 28 dan 29 Mei ini. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut adalah latihan memasang dan mengemas khemah dan kawad kaki.




Penyampaian Hadiah Minggu Matematik 2011

Tahniah kepada semua peserta yang berjaya merangkul hadiah dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang Minggu Matematik 2011. Penyampaian hadiah ini telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Taman Bukit Mewah, Pn Hjh Noor Siah Binti Sihes.




Aktiviti Minggu Matematik

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sempena minggu Matematik  pada tahun ini. Kesemua aktiviti ini bertujuan menarik minat pelajar tentang kepentingan matematik dan kelebihan-kelebihan menguasai ilmu yang amat berguna ini. Berikut adalah aktiviti yang telah dijalankan sepanjang minggu tersebut.
  • Kuiz (Tahun 3) - Isnin, 25 April 2011
  • Kuiz Perdana (Tahun 4) - Isnin, 25 April 2011
  • Kursus Abacus (Tahun 1) - Selasa, 26 April 2011
  • Treasure Hunt (Tahun 5) - Rabu, 27 April 2011
  • Kuiz Masmo (Tahun 5&6) - Rabu, 27 April 2011
  • Happy Counting (Tahun 1) - Khamis, 28 April 2011
  • Kuiz (Tahun 2) - Jumaat, 29 April 2011
  • Liga Dam Ular (Tahun 6) - Waktu P&P

Perasmian Minggu Matematik 2011


Minggu Matematik 2011 SK Taman Bukit Mewah yang dianjurkan oleh Panitia Matematik bermula dari 25 April hingga 29 April 2011 baru-baru ini. Majlis Perasmian Minggu Matematik ini telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Taman Bukit Mewah, Pn Hjh Noor Siah Bte Sihes dengan disaksikan seluruh warga SKTBM.

Johan Ragbi MSSD Johor Bahru

Tahniah kepada pasukan ragbi SKTBM A dan SKTBM B kerana berjaya meletakkan SK Taman Bukit Mewah di tempat teratas dan ke-empat dalam pertandingan ragbi MSSD Johor Bahru baru-baru ini. Kejayaan ini merupakan hadiah kepada semua warga SK Taman Bukit Mewah terutama Unit KOKO yang telah banyak mengembeling tenaga untuk pasukan sekolah ini.




Laporan Penggunaan Zoom-A

 Berikut adalah peratusan penggunaan Zoom-A sehingga bulan Mac 2011 bagi pelanggan Zoom-A tahap 2

Tahun 4
JUMLAH 4 ARIF 4 BESTARI 4 CERDIK
PENGGUNAAN JUM. % JUM. % JUM. %
JUMLAH AKSES 169 46.69 135 37.3 58 16.0
JUMLAH LATIHAN 128 48.12 105 39.5 33 12.4
LATIHAN BAHASA MELAYU 23 40.35 32 56.1 2 3.5
LATIHAN BAHASA INGGERIS 25 34.72 32 44.4 15 20.8
LATIHAN MATEMATIK 20 36.36 26 47.3 9 16.4
LATIHAN SAINS 60 73.17 15 18.3 7 8.5


Tahun 5
JUMLAH 5 ARIF 5 BESTARI 5 CERDIK
PENGGUNAAN JUM. % JUM. % JUM. %
JUMLAH AKSES 268 44.44 296 49.09 39 6.47
JUMLAH LATIHAN 323 56.27 211 36.76 40 6.97
LATIHAN BAHASA MELAYU 68 30.09 153 67.70 5 2.21
LATIHAN BAHASA INGGERIS 144 72.36 24 12.06 31 15.58
LATIHAN MATEMATIK 33 71.74 11 23.91 2 4.35
LATIHAN SAINS 78 75.73 23 22.33 2 1.94


Tahun 6
JUMLAH 6 ARIF 6 BESTARI 6 CERDIK
PENGGUNAAN JUM. % JUM. % JUM. %
JUMLAH AKSES 366 18.08 1230 60.77 428 21.15
JUMLAH LATIHAN 324 15.61 1160 55.88 592 28.52
LATIHAN BAHASA MELAYU 84 11.59 477 65.79 164 22.62
LATIHAN BAHASA INGGERIS 105 22.34 190 40.43 175 37.23
LATIHAN MATEMATIK 26 5.46 273 57.35 177 37.18
LATIHAN SAINS 109 26.91 220 54.32 76 18.77

Pelajar Aktif Zoom-A

Pentadbir dan Unit ICT SK Taman Bukit Mewah bersetuju untuk memberi hadiah bulanan kepada  pelanggan yang paling banyak membuat latihan dengan menggunakan Zoom-A. Berikut adalah pelajar yang banyak membuat latihan dengan menggunakan Zoom-A sehingga akhir bulan Mac 2011.
  • Idlan Aiman Bin Mohd Isya' (4 Bestari)
  • Yuvenraj a/l Supramaniam (5 Bestari)
  • Mohamad Aiman Syafiq Bin Shapi'ai (6 Bestari)
Diharap, dengan adanya pemberian hadiah ini akan memberi galakkan dan dorongan kepada semua pelanggan Zoom-A untuk  meningkatkan lagi penggunaan Zoom-A seterusnya menambahkan pengetahuan yang sedia ada.