Lawatan Ke Sarawak

Lawatan ke Sarawak ini adalah hadiah kepada semua pelajar Tahun 6 yang telah mendapat keputusan cemerlang bagi UPSR tahun 2010. Lawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh Yang Dipertua PIBG SK Taman Mewah, En. Yusaini Bin Ali. Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah bertujuan meraikan kejayaan warga SK Taman Bukit Mewah yang bertukus lumus untuk memperolehi kecemerlangan dalam UPSR dan menjadi inspirasi kepada semua pelajar SK Taman Bukit Mewah untuk berusaha dengan lebih gigih lagi demi kecemerlangan mereka dalam menghadapi peperiksaan UPSR seterusnya mengharumkan nama sekolah.




Keputusan Pertandingan Perkhemahan 2011

Berikut adalah keputusan keseluruhan bagi Pertandingan yang telah dijalankan semasa perkhemahan 2011 baru-baru ini.

  1. JOHAN - PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM)
  2. NAIB JOHAN - TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)
  3. KE-TIGA - PENGAKAP
  4. KE-EMPAT - PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PBSM)
Berikut adalah agihan markah bagi setiap berdasarkan pertandingan yang telah diadakan.


Bil Kategori Unit Beruniform Markah
1 Khemah Tercantik Pengakap 10
TKRS 7
PPIM 4
PBSM 1
2 Ikatan & Simpulan Pengakap 10
TKRS 7
PPIM 4
PBSM 1
3 Pertolongan Cemas Pengakap 4
TKRS 10
PPIM 7
PBSM 1
4 Masak Rimba Pengakap 7
TKRS 10
PPIM 1
PBSM 4
5 Explorace Pengakap 7
TKRS 4
PPIM 1
PBSM 10
6 Larian Berhalangan Pengakap 7
TKRS 10
PPIM 1
PBSM 4
7 Malam Kebudayaan Pengakap 10
TKRS 1
PPIM 4
PBSM 7
8 Mata Demerit Pengakap 244
TKRS 255
PPIM 289
PBSM 262
9 JUMLAH KESELURUHAN Pengakap 299
TKRS 304
PPIM 311
PBSM 290

Perkhemahan 2011

Perkhemahan pada kali ini telah diadakan di Padang SK Taman Bukit Mewah, peserta perkhemahan pada kali ini amat menggalakkan iaitu seramai 273 pelajar telah melaporkan diri untuk menyertai perkhemahan tiga hari dua malam ini. Peserta-peserta ini terdiri daripada pelajar tahap dua yang terdiri dari unit beruniform masing-masing, PBSM, Pengakap, TKRS dan Puteri Islam. Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi melatih pelajar-pelajar yang berpotensi dari segi rohani, jasmani, emosi dan sahsiah. Berikut adalah gambaran sekitar perkhemahan 2011 ini