Taklimat Pengaktifan Otak Tengah
Posted by
-
on 27 July, 2011
Labels:
sdea
/
Mengaktifkan otak tengah merupakan satu cara yang terbaik untuk menghubungkan antara otak kiri dan otak kanan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada syarikat "U plus Mind" kerana melapangkan masa memberi taklimat mengenai peri pentingnya penggunaan otak tengah. Selain daripada itu, syarikat ini juga telah memberikan khidmat kepakaran mereka untuk mengaktifkan otak tengah 20 murid dari SK Taman Bukit Mewah dengan percuma. Diharap dengan adanya kepakaran dari "U Plus Mind" ini dapat meningkatkan lagi potensi murid-murid SK Taman Bukit Mewah dan seterusnya membantu meningkatkan kecemerlangan SK Taman Bukit Mewah......
LDP-Menangani Masalah Pelajar Alaf Baru
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) pada kali ini bertemakan "Menangani Permasalahan Pelajar-Pelajar Alaf Baru" yang telah disampaikan oleh En. Zulkifli Bin Ahmad. LDP pada kali ini merupakan salah satu hasil kajian yang telah dijalankan oleh penceramah bagi mengetahui punca-punca dan cara cara menangani permasalahan yang dihadapi oleh warga pendidik di sekolah.....
Lawatan Ke Melaka
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Pihak Panitia Sains SK Taman Bukit Mewah telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Zoo Melaka dan Muzium Samudera Melaka pada 23 Julai baru-baru ini. Ini merupakan salah satu daripada program Panitia Sains yang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar terutamanya pelajar tahap satu (tahun 2 dan Tahun 3) tentang hidupan-hidupan yang berada di sekeliling kita. Berikut adalah gambar-gambar lawatan yang disertai oleh 40 orang pelajar.....
Program Solat Hajat 2011
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Pihak Sekolah dengan kerjasama panitia Agama Islam akan mengadakan solat hajat bersama ibubapa dan pelajar-pelajar tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR bulan September nanti. Sehubungan dengan ini, dimaklumkan bahawa program ini akan diadakan seperti butiran dibawah:
Sekian, harap maklum.
- Tarikh - 29 Julai 2011
- Hari - Jumaat
- Masa - 7:00 petang
- Tempat - Dewan Seri Mewah
Sekian, harap maklum.
Laluan Pintu Kedua
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Untuk makluman kepada semua ibubapa, penjaga, pemandu van dan pemndu bas yang menggunakan kenderaan bagi urusan menghantar dan mengambil murid-murid, tuan/puan diminta melalui pintu kedua di Jalan Mewah Ria 2/8. Ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalulintas yang sering berlaku di hadapan pintu utama sekolah.
Pintu belakang akan dibuka pada jam 6.30 pagi dan ditutup pada jam 1.40 petang. Bagi pelajar-pelajar yang menaiki basikal dan berjalan kaki boleh menggunakan laluan utama.
Post Mortem Bersama Wakil PPD Johor Bahru
Posted by
-
on 10 July, 2011
Labels:
sdea
/
Pada 6 Julai 2011 SK Taman Bukit Mewah berpeluang membentangkan hasil keputusan peperiksaan UPPM 2 kepada wakil PPD Johor Bahru bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan pelajar-pelajar. Dalam pertumuan ini, pihak SK Taman Bukit Mewah mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil PPD Johor Bahru terutama En Hj Hafith kerana membuka jalan bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar.
Minuman Berkhasiat
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Syarikat 888 Lucky Tea Sdn Bhd telah membuat lawatan ke SK Taman Bukit mewah pada 1 Julai 2011dengan memberi minuman percuma kepada semua warga SK Taman Bukit Mewah. Mereka juga memperkenalkan beberapa produk baru syarikat mereka. Ini merupakan salah satu daripada inisiatif syarikat-syarikat swasta menyumbangkan khidmat mereka kepada masyarakat setempat disamping memperkenalkan produk terbaru mereka.
Post Mortem Bersama Pelajar
Posted by
-
Labels:
sdea
/
Buat pertama kalinya post mortem UPPM 2 bersama-sama pelajar telah dijalankan pada 23 Jun 2011 baru-baru ini. Tujuan utama post mortem ini dijalankan adalah bertujuan memberi pendedahan tentang kekuatan serta kelemahan pelajar-pelajar semasa menjawab UPPM 2 baru-baru ini. Selain daripada itu, pelajar-pelajar juga diajar oleh guru-guru subjek masing-masing tentang cara yang terbaik untuk menyelesaikan soalan-soalan yang sukar seterusnya memotivasikan pelajar-pelajar untuk memperbaiki kelemahan bagi menduduki peperiksaan yang akan datang.