LATIHAN RUMAH SUKAN

Pihak SK Taman Bukit Mewah akan mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-9 yang akan berlangsung pada 13 Oktober 2011. Sempena temasya tahunan ini, pihak sekolah akan mengadakan latihan rumah sukan seperti ketetapan berikut


  • Rumah Panglima (Merah) - 26 September dan 3 Oktober 2011 (Isnin)
  • Rumah Bendahara (Biru) - 27 September dan 4 Oktober 2011 (Selasa)
  • Rumah Laksamana (Hijau) - 28 September dan 5 Oktober 2011(Rabu)
  • Rumah Temenggong (Kuning) - 29 September dan 6 Oktober 2011(Khamis)

Waktu latihan dan tempat latihan bagi setiap rumah sukan adalah seperti berikut
  •  Tempat - Padang SK Taman Bukit Mewah
  • Masa - 4:30 petang - 6:00 petang
Sekian..

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2011

Sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah telah dijalankan pada pertengahn bulan Ogos, manakala Majlis penutupannya telah disempurnakan oleh Pn. Hjh Noor Siah Binti Sihes pada 23 September 2011 baru-baru ini. Sambutan anjuran Panitia Kajian Tempatan ini begitu meraih dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan semua warga SK Taman Bukit Mewah. Berikut adalah gambaran sekitar Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2011.

CERAMAH KESIHATAN

Program Ceramah Kesihatan dari Syarikat Shamwellness Sdn Bhd ini merupakan salah satu daripada Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bagi guru-guru dan staf SK Taman Bukit Mewah. Program ini memberi pelbagai faedah kepada kakitangan SK Taman Bukit Mewah mengenai tahap kesihatan dan cara-cara untuk merawat dan mencegah sesuatu penyakit. LDP ini merupakan salah program pihak pentadbiran bagi memberi pengetahuan yang sangat berguna untuk kakitangannya.





PERTANDINGAN MENGHIAS MEJA HIDANGAN HARI RAYA





Pada 22 September 2011  bersamaan 24 Syawal 1432H, murid-murid tahun 6 telah mengikuti pertandingan menghias meja hidangan Hari Raya yang merupakan salah satu daripada aktiviti seleps UPSR 2011. Kesemua murid terlibat dan mereka telah dibahagikan kepada kumpulan kecil. Pertandingan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan murid tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Murid-murid bersungguh-sungguh menghias meja hidangan dengan pelbagai juadah mengikut kreativiti setiap kumpulan. 5 orang hakim di kalangan guru-guru Tahun 6 telah dilantik untuk menghakimi pertandingan ini yang mengambilkira kriteria-kriteria seperti kekemasan, kebersihan, susun atur,  kreativiti dan disiplin serta kerjasama ahli kumpulan. Guru Besar SK Taman Bukit Mewah, Puan Hajah Noor Siah Binti Sihes turut serta menyaksikan pertandingan dan memeriahkan majlis. Turut dijemput ke dewan menjamah juadah yang ada ialah semua guru-guru dan kakitangan SK Taman Bukit Mewah. Semua murid kemudiannya makan bersama-sama . Aktiviti  ini telah mencapai objektif dan dapat memberi keseronokan kepada murid. Di samping itu, ia dapat memupuk semangat bekerjasama, membentuk disiplin dan  kreativiti murid-murid. Terima kasih di atas kerjasama dan kesungguhan yang telah diberikan. Semoga kejayaan mengiringi anda.

Penyelaras Program Pertandingan  Menghias Meja Hidangan Hari Raya
Cik Siti Zubaidah Binti Yusoh