PERTANDINGAN MENGHIAS MEJA HIDANGAN HARI RAYA





Pada 22 September 2011  bersamaan 24 Syawal 1432H, murid-murid tahun 6 telah mengikuti pertandingan menghias meja hidangan Hari Raya yang merupakan salah satu daripada aktiviti seleps UPSR 2011. Kesemua murid terlibat dan mereka telah dibahagikan kepada kumpulan kecil. Pertandingan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan murid tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Murid-murid bersungguh-sungguh menghias meja hidangan dengan pelbagai juadah mengikut kreativiti setiap kumpulan. 5 orang hakim di kalangan guru-guru Tahun 6 telah dilantik untuk menghakimi pertandingan ini yang mengambilkira kriteria-kriteria seperti kekemasan, kebersihan, susun atur,  kreativiti dan disiplin serta kerjasama ahli kumpulan. Guru Besar SK Taman Bukit Mewah, Puan Hajah Noor Siah Binti Sihes turut serta menyaksikan pertandingan dan memeriahkan majlis. Turut dijemput ke dewan menjamah juadah yang ada ialah semua guru-guru dan kakitangan SK Taman Bukit Mewah. Semua murid kemudiannya makan bersama-sama . Aktiviti  ini telah mencapai objektif dan dapat memberi keseronokan kepada murid. Di samping itu, ia dapat memupuk semangat bekerjasama, membentuk disiplin dan  kreativiti murid-murid. Terima kasih di atas kerjasama dan kesungguhan yang telah diberikan. Semoga kejayaan mengiringi anda.

Penyelaras Program Pertandingan  Menghias Meja Hidangan Hari Raya
Cik Siti Zubaidah Binti Yusoh