Eureka Model Roket

Satu lagi aktiviti selepas UPSR yang begitu mendapat sambutan yang hangat ialah pertandingan merekacipta model roket dengan penyertaan sebanyak 21 kumpulan. Pertandingan ini melibatkan dua sesi, merekacipta model roket menggunakan botol dan meguji model roket yang dibuat. Model-model roket yang diuji telah disaksikan oleh semua warga SK Taman Bukit Mewah dan kebanyakan model yang direkacipta dapat diterbangkan. Dengan adanya aktiviti seperti ini, pelajar-pelajar dapat mempelajari dan mempraktikkan apa yang telah dipelajari terutamanya bagi subjek sains dalam topik kestabilan dan daya.