Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-9

Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-9 2011 SK Taman Bukit Mewah telah diadakan pada 20 Oktober 2011 baru-baru ini. Temasya sukan pada kali ini telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, YB Hj Osman Bin Hj Sapian. Pelbagai acara yang menarik telah diadakan sepanjang kejohanan sukan tahunan ini berlangsung, antaranya ialah Lintas Hormat oleh semua rumah sukan,bacaan ikrar kejohanan, senamrobik, pertunjukan teakwando, pertandingan acara ibu dan bapa serta cabutan bertuah dan yang pastinya adalah acara balapan akhir bagi setiap kategori yang dipertndingkan. Berikut adalah gambaran sekitar temasya tahunan tersebut.