Jamuan Akhir Tahun 2011

Jamuan Akhir Tahun 2011 anjuran KGKT ini merupakan jamuan yang dirancangkan bagi meraikan semua warga pendidik, wakil PIBG dan staf SK Taman Bukit Mewah bagi sesi persekolahan 2011 ini. Jamuan makan tengahari ini telah diadakan di Hotel Selesa Johor Bahru pada Rabu 23 November 2011 baru-baru ini. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya cabutan nombor bertuah, kuiz sms terpantas, Persembahan guru-guru SKTBM dan penyampaian hadiah guru yang mendapat cahaya mata.