Jamuan Tahun 6 2011

Jamuan ini diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar tahun 6 bagi sesi persekolahan 2011 yang akan menjejakkan kaki ke sekolah menengah pada tahun hadapan. Selain daripada itu, jamuan ini juga bertujuan untuk meraikan kejayaan mereka dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini. Pelbagai acara diadakan bagi menghiburkan pelajar-pelajar ini seperti nyanyian oleh kumpulan kami, kumpulan kita, persembahan guru dan yang penting adalah hadiah yang akan diperolehi oleh pelajar-pelajar cemerlang telah diumumkan oleh YDP PIBG SK Taman Bukit Mewah, En Yusaini Bin Ali.