Pendaftaran Pelajar Tahun 1 2012

Pendaftaran pelajar-pelajar tahun 1 2012 telah diadakan pada Sabtu, 19 November 2011 baru-baru ini. Pendaftaran awal bagi pelajar tahun 1 ini dijalankan lebih awal kerana memudahkan pihak pengurusan sekolah menyusun dan mengendalikan pelajar-pelajar ini pada sesi persekolahan 2012 pada awal januari 2012 nanti. Selain daripada itu, pihak pengurusan sekolah juga memberi penerangan ringkas tentang perjalanan persekolahan 2012 kepada ibubapa dan juga penjaga. pada hari yang sama, pelajar-pelajar telah menjalankan satu ujian bagi menguji kemahiran yang dimiliki bakal pelajar-pelajar tahun 1 untuk penentuan kelas pada sesi persekolahan 2012 nanti.