Pengumuman UPSR 2011

Pengumunan Keputusan UPSR 2011 untuk SK Taman Bukit Mewah telah diummkan oleh Guru Besar, Pn Hjh Nor Siah Binti Sihes pada jam 11 pagi di dewan Seri Mewah. Keputusan tahun ini agak memberangsangkan dengan pertambahan pelajar cemerlang 5A 17 orang iaitu peningkatan sebanyak tujuh orang berbanding tahun lepas. Sebanyak 15 orang calon dari 122 calon yang menduduki peperiksaan mendapat 4A1B dengan peratus kelulusan mencapai sasaran yang telah di tetapkan oleh PPD Johor Bahru dan JPNJ. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar UPSR 2011 dan kepada semua warga SK Taman Bukit Mewah yang banyak menyumbangkan keringat bagi mengekalkan kecemerlangan SK Taman Bukit Mewah.