Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) 1

Sesi persekolahan 2012 bagi warga Pendidik SK Taman Bukit Mewah diberi suntikan semangat melalui Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang bertajuk "Inovasi dan Kredibiliti Dalam Kepimpinan". Pembukaan LDP pada sesi persekolahan tahun ini telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Pelajaran (Rendah) Daerah Johor Bahru, En. Jamaluddin Bin A. Rahman pada Isnin 2 Januari 2012 baru-baru ini. Tujuan utama LDP ini adalah bagi meningkatkan tahap kebolehan guru-guru membuat perubahan baru dalam pelaksanaan pengurusan pendidikan di SK Taman Bukit Mewah bagi melonjatkan lagi prestasi SK Taman Bukit Mewah.