Tahniah, Pasukan Olahraga 2012

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam melatih dan memberi tunjuk ajar kepada semua atlit olahraga SK Taman Bukit Mewah 2012. Di atas kerjasama ini dapat membuahkan hasil yang begitu manis serta mengharumkan nama SK Taman Bukit Mewah di pertandingan Olahraga MSS Zon Bandar Johor Bahru pada 25 Februari 2012 baru-baru ini. Dalam pertandingan ini, pasukan SK Taaman Bukit Mewah berjaya merangkul dua pingat emas dalam acara 100m dan 200m kategori 10 tahun, satu pingat perak dalam acara 4X100m kategori 10 tahun, dan dua pingat gangsa dalam acara 4X100m dan lompat tinggi. APa yang lebih mengembirakan lagi salah seorang atlit SK Taman Bukit Mewah dipilih sebagai Olahragawati MSS Zon Bandar Johor Bahru dalam Katergori 10 tahun. Tahniah dan syabas diucapkan......

Aktiviti Minggu Anti Dadah 2012

Berikut adalah beberapa aktiviti yang telah dirancang oleh Penyelaras Minggu Anti Dadah, Cik Nor Farhanah Bte Tahir sepanjang Minggu Anti Dadah...
  • Selasa (28 Februari 2012)
    • Pertandingan Mewarna Poster (tahap 1)
    •  Pertandingan Melukis Poster (tahap 2)
  • Rabu (29 Februari 2012)
    • Pertnadingan Mendeklamasikan Sajak (Tahap 2)
  • Khamis (1 Mac 2012)
    • Majlis Penutupan Minggu Anti Dadah
  • Kuiz akan dijalankan setiap hari sepanjang minggu anti dadah di bilik PPDa
  • Pameran Anti Dadah di Bilik PPDa sepanjang minggu Anti Dadah.
  • Program Cuma 5 Minit Anti Dadah - Penerangan oleh guru bertugas setiap hari selama 5 minit tentang dadah.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh berhubung terus dengan penyelaras, harap maklum.....

Program Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah 2012

Minggu Anti Dadah peringkat SK Taman Bukit Mewah telah bermula 24 Februari sehingga 1 Mac 2012. Tujuan Minggu Anti Dadah ini diadakan bertujuan
  1. Melestarikan budaya mengambil tahu mengenai bahaya dadah
  2. mengalakkan peningkatan, pengetahuan dan kefahaman murid mengenai dadah
  3. Memberi kesedaran kepada murid dan semua warga sekolah tentang bahaya dadah dan berusaha menjauhinya.
  4. meningkatkan ketahanan dan jati diri murid melalui program dan pendekatan yang dijalankan.
Diharap melaui program seumpana ini dapat melahirkan pelajar bebas dadah melui pelaksanaan program ini......

Pelancaran Program NILAM 2012

Pada 17 Februari yang lalu telah diadakan Pelancaran Program NILAM.  Majlis dilaksanakan selepas aktiviti membudayakan Al-Quran. Pelancaran Program NILAM ini dirasmikan oleh Guru Besar Sk Taman Bukit Mewah, Puan Hajah Noor Siah Binti Sihes. Beliau memberikan penekanan kepada budaya membaca di kalangan murid dan kelebihan dan manfaat  tabiat membaca. Majlis ini diserikan lagi dengan deklamasi sajak oleh adik Raszreen Sabrina Binti Mohammad Khafiz yang bertajuk “Anugerah NILAM”. Semoga program yang dijalankan sepanjang tahun ini mencatatkan peningkatan peratus pembacaan dan  menerapkan tabiat membaca di kalangan murid-murid SK Taman Bukit Mewah.




Takwim Peperiksaan UPSR 2012

Peperiksaan UPSR pada tahun 2012 akan bermula mengikut ketetapan berikut

Tarikh : 11,12 dan 13 September 2012
Hari     : Selasa, Rabu dan Khamis

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peperiksaan-peperiksaan awam sepanjang 2012, anda boleh muatturun diruangan "Download" blog ini.


** Sumber dari Lembaga Peperiksaan Malaysia

Sesi Dialog Dan Motivasi Ibubapa Tahun 6

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus motivasi dan sesi dialog bagi tahun 2010. Ucapan ini dilakarkan terutamanya kepada pihak Pentadbiran SK Taman Bukit Mewah, Ibubapa murid tahun 6 dan murid murid tahun 6 serta kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Program ini bertujuan untuk menerangkan kepada ibubapa tentang sasaran serta tahap pencapaian murid-murid tahun 6.

Selain daripada itu, melaui program ini pihak sekolah dapat menerangkan perjalanan program bagi pelajar tahun 6 2012 dan menyelesaikan permasalahan-permasalahan yang wujud bagi memastikan kecemerlangan dan kejayaan pelajar dalan peperiksaan UPSR nanti. Berikut adalah gambaran sekitar program ini berjalan...




Waktu 1 Murid 1 Sukan (1M1S)

Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa program 1 Murid 1 Sukan (1M1S) merupakan salah satu daripada program Kementerian Pelajaran Malaysia yang bermula 2012.

Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).

Program 1M1S berjalan seperti ketetapan berikut.

Hari     : Setiap hari Rabu
Murid  : Murid Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6)
Waktu  : 4:00 petang hingga 5:00 petang (Selepas waktu KOKO)

Sehunbungan dengan itu, pihak sekolah memohon kerjasama ibubapa dan penjaga memastikan kehadiran. Setiap kehadiran dan penglibatan murid akan diambil kira sebagai markah akhir tahun.

Pertukaran Hari Dan Masa KOKO

Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa perubahan waktu kokurikulum tahun 2012 adalah seperti ketetapan berikut.

Tarikh : Sabtu ke-2 dan ke-4 ditukarkan kepada setiap hari Rabu
Murid : Murid Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6)
Waktu : 2:00 petang hingga 4:00 petang

Sehunbungan dengan itu, pihak sekolah memohon kerjasama ibubapa dan penjaga memastikan kehadiran. Setiap kehadiran dan penglibatan murid akan diambil kira sebagai markah akhir tahun.