Sambutan Maulidur Rasul 1433H

Program sambutan Maulidur Rasul 1433H merupakan program tahunan sekolah di bawah anjuran Majlis Kegiatan Dakwah Islam Sekolah (MAKDIS). Program ini diadakan sempena memperingati sejarah junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Selain daripada itu, program ini bertujuan menghayati nilai-nilai ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW sacara berkesan kepada guru dan murid-murid, memuliakan sambutan kelahiran Rasulullah SAW dan memberi peringatan kepada orang Islam supaya tekun beribadah. Berikut adalah sekitar sambutan Maulidur Rasul peringkat SK taman Bukit Bukit Mewah baru-baru ini.






Kejohanan Bola Baling MSS Zon Bandar

Tahniah kepada pasukan Bola Baling Perempuan SK Taman Bukit Mewah kerana telah berjaya menduduki tempat ke-2 dalam Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Tahun MSS Zon Bandar Johor Bahru. Kejohanan ini telah berlangsung pada Ahad, 27 Februari 2012 baru-baru ini. Bagi pasukan lelaki SK Taman Bukit Mewah, mereka hanya berjaya meletakkan pasukan bola baling sekolah di tempat yang ke-4 saja. Walau bagaimana pun, tahniah diucapkan kepada semua ahli pasukan bola baling SK Taman Bukit Mewah dan pihak-pihak yang terlibat diatas sokongan yang telah diberikan.




Bola Tampar MSS Johor Bahru

Dalam Kejohanan Bola Tampat Bawah 12 Tahun Majlis Sukan Sekolah (MSS) Johor Bahru yang telah berlansung pada 13 Februari 2012 baru-baru ini, wakil SK Taman Bukit Mewah dengan hanya berjaya melepasi pusingan pertama (Pasukan perempuan), manakala pasukan lelaki maju setapak dengan hanya dapat melayakkan diri dalam perlawanan suku akhir. walaupun tidak membawa apa-apa pingat, pasukan sekolah telah menunjukkan peningkatan dan kemajuan dalam pertandingan bola tampar ini. Ini merupakan penyertaan kali kedua pasukan sekolah dalam pertandingan bola tampar ini. Diharap, pasukan SK Taman bukit Mewah akan mengambilnya sebagai satu pengajaran untuk bekalan pada perlawanan pada masa yang akan datang.




Majlis Perpisahan Staf SKTBM

Bagi menghargai sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan, Badan Kebajikan Guru SK Taman Bukit Mewah telah mengadakan Majlis Perpisahan kepada staf-staf SK Taman Bukit Mewah yang telah berpindah ke tempat baru. Mereka adalah GPK 1, Pn Salmiah Bte Ahmad yang telah berpindah ke Segamat, En. Syahmee Aziyan Bin Ishak (Batu Pahat) dan Pn Rahimah Bte Mohamad (SK Nusantara). Majlis Perpisahan ini telah diadakan di LC Katering, Johor Bahru pada 17 Februari baru-baru ini.






Majlis Perpisahan

Majlis Perpisahan Guru Penolong Kanan 1, Pn Salmiah Bte Ahmad, En Syahmee Aziyan Bin Hj Ishak dan Pn Rahimah Bte Mohamad yang telah bertugas di tempat baru. Majlis perpisahan ini telah diadakan pada Jumaat, 17 Februari 2012 bagi memberi peluang terakhir kepada semua pelajar bersalaman dan bermaafan dengan guru-guru yang begitu gigih dan bersemangat dalam mendidik dan memberi ilmu kepada mereka.





WATIKAH PERLANTIKAN 2012

Majlis telah diadakan pada hari Isnin bersamaan 27 Februari 2012, bertempat di Dewan Seri Mewah, jam 8.00 pagi. Majlis dirasmikan oleh Sarjan Mejar Abdul Raja bin Bahrin, Penolong Ketua Balai, Balai Polis Tampoi, Johor Bahru. Seramai 77 orang Pengawas, 24 orang Pustakawan, 18 orang Ketua Darjah dan 18 orang Penolong Ketua Darjah menerima watikah pelantikan yang disampaikan oleh tuan perasmi.

Pada majlis tersebut, Puan Guru Besar, Puan Hjh Noor Siah binti Sihes mengucapkan tahniah di atas pelantikan tersebut serta mengingatkan mereka akan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka. Di dalam ucapan beliau, Sarjan Mejar Abdul Raja bin Bahrin, mengingatkan para pelajar supaya sentiasa berfikiran positif kerana terdapat terlalu banyak kes yang melibatkan pelajar sekolah. Beliau menasihatkan para pelajar supaya menjauhi perkara-perkara negatif.

Majlis diakhiri dengan lafaz ikrar pemimpin yang diketuai oleh Muhammad Fikri bin Zaidi selaku Ketua Pengawas sesi 2012. Ia kemudiannya diikuti oleh bacaan Tasbih Kifarah dan tamat sepenuhnya jam 8.45 pagi.




Jadual Ujian Bulanan 1

Berikut adalah jadual Ujian Bulanan 1 yang akan berjalan di Sk Taman Bukit Mewah pada 7 Mac sehingga 9 Mac 2012 nanti. Ujian Bulanan 1 ini hanya melibatkan pelajar-pelajar tahun 3 hingga tahun 6 mengikut ketetapan berikut.


JADUAL UJIAN BULANAN 1 TAHUN 3






HARI/MASA 7:30 - 8:20 8:30 - 9:45 9:50 - 10:20 10:40 - 11:40 11:40 - 12:50
RABU BAHASA BAHASA REHAT BAHASA P&P SEPERTI
7 MAC 2012 MELAYU 1 MELAYU 2 INGGERIS BIASA
HARI/MASA 7:20 - 8:35 8:40 - 9:40 9:50 - 10:20 10:30 - 11:45 11:50 - 12:50
KHAMIS MATEMATIK PENDIDIKAN REHAT SAINS BAHASA
8 MAC 2012 ISLAM/MORAL ARAB






JADUAL UJIAN BULANAN 1 TAHAP 2






HARI/MASA 7:30 - 8:20 8:30 - 9:45 9:50 - 10:20 10:40 - 11:30 11:45 - 1:00
RABU BAHASA BAHASA REHAT BAHASA BAHASA
7 MAC 2012 MELAYU 1 MELAYU 2 INGGERIS 1 INGGERIS 2
HARI/MASA 7:30 - 8:10 8:40 - 9:40 9:50 - 10:20 10:30 - 11:45 12:00 - 1:10
KHAMIS MATEMATIK 2 MATEMATIK 1 REHAT SAINS PENDIDIKAN
8 MAC 2012 ISLAM/MORAL
HARI/MASA 7:30 - 8:30 8:40 - 9:40 9:50 - 10:20 10:30 - 11:50
KHAMIS KAJIAN  BAHASA  REHAT P&P SEPERTI 
9 MAC 2012 TEMPATAN ARAB BIASA