WATIKAH PERLANTIKAN 2012

Majlis telah diadakan pada hari Isnin bersamaan 27 Februari 2012, bertempat di Dewan Seri Mewah, jam 8.00 pagi. Majlis dirasmikan oleh Sarjan Mejar Abdul Raja bin Bahrin, Penolong Ketua Balai, Balai Polis Tampoi, Johor Bahru. Seramai 77 orang Pengawas, 24 orang Pustakawan, 18 orang Ketua Darjah dan 18 orang Penolong Ketua Darjah menerima watikah pelantikan yang disampaikan oleh tuan perasmi.

Pada majlis tersebut, Puan Guru Besar, Puan Hjh Noor Siah binti Sihes mengucapkan tahniah di atas pelantikan tersebut serta mengingatkan mereka akan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka. Di dalam ucapan beliau, Sarjan Mejar Abdul Raja bin Bahrin, mengingatkan para pelajar supaya sentiasa berfikiran positif kerana terdapat terlalu banyak kes yang melibatkan pelajar sekolah. Beliau menasihatkan para pelajar supaya menjauhi perkara-perkara negatif.

Majlis diakhiri dengan lafaz ikrar pemimpin yang diketuai oleh Muhammad Fikri bin Zaidi selaku Ketua Pengawas sesi 2012. Ia kemudiannya diikuti oleh bacaan Tasbih Kifarah dan tamat sepenuhnya jam 8.45 pagi.