Action Song SKTBM

Pertandingan Action Song Zon Bandar

Sekitar Pertandingan Action Song Peringkat Sekolah-Sekolah Zon Bandar Johr Bahru

Pertandingan Pakaian Beragam

Pertandingan Pakaian Beragam ini merupakan salah satu aktiviti sempena Minggu Pusat Sumber Sekolah. Pertandingan ini hanya melibatkan pelajar-pelajar dari semua kelas tahap 1. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang begitu hangat terutamanya dari guru-guru kelas tahap 1. Berikut adalah gambaran sekitar perandingan ini berlangsung.

Pembaca Terbanyak Bulan Mac

Berikut adalah beberapa pelajar yang berjaya mendapat anugerah pembaca terbanyak pada bulan Mac 2012.

Teknik Menjawab - Bahasa Inggeris


Pihak Sekolah dan Panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Inggeris pada minggu lepas. Tujuan utama bagi menambahkan lagi pemahaman serta pengetahuan pelajar-pelajar tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan pada bulan september nanti. Selain dari pelajar-pelajar tahun 6, semua guru dibawah Panitia Bahasa Inggeris juga turut terlibat dalam bengkel ini.

Perasmian Minggu Pusat Sumber

Minggu Pusat Sumber Sekolah, SK Taman Bukit Mewah telah dirasmikan pada 16 April 2012 di dewan Seri Mewah dengan disaksikan oleh semua guru dan pelajar SK Taman Bukit Mewah. Majlis perasmian Minggu Pusar Sumber peringkat sekolah ini telah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan 1, En Isa Bin Jupri. Minggu Pusat Sumber ini anjuran Pusat Sumber Sekolah di bawah penyelarasnya, Cik Siti Zubaidah Bte Yusof. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi mencapai objektif dan sasaran Minggu Pusat Sumber Sekolah ini.

Pertandingan Ragbi MSS Johor Bahru

Pertandingan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Johor Bahru telah berlangsung pada Jumaat, 13 April baru baru ini dan SK Taman Bukit Mewah terpilih sebagai tuan rumah. Di pertandingan ini, sebanyak sembilan buah sekolah telah meyertai bagi mewakili zon masing-masing. Pada pertandingan ini, sekolah telah menghantar dua pasukan dan pasukan SKTBM A telah berjaya menduduki tempat yang ke-tiga di kejohanan ini. Tempat pertama dan kedua masing-masing dipengan oleh pasukan SK Taman Perling A dan SK Tampai.

Minggu Pusat Sumber

Pusat Sumber Sekolah merupakan salah satu nadi utama yang menjamin keberhasilan pelajar dan kecemerlangan pelajar. Selain mewujudkan prasarana Pusat Sumber yang sesuai dan menarik, minat para pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber juga haruslah sentiasa disemai dan dipupuk dari masa ke semasa. Tujuan utama Minggu Pusat Sumber ini diadakan adalah menambah pengetahuan pelajar mengenai Pusat Sumber Sekolah, Menarik minat pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber Sekolah dengan berkesan, melatih para pengawas Pusat Sumber Sekolah untuk menganjurkan dan mengendalikan program dan menambah bilangan koleksi di Pusat Sumber Sekolah.

Minggu Bahasa Arab 2012

Minggu Bahasa Arab peringkat SK Taman Bukit Mewah telah berjalan pada 9 April sehingga 13 April baru-baru ini yang dikendalikan oleh Panitia Bahasa Arab. Minggu Bahasa Arab ini dirasmikan dengan sempurna oleh Guru Besar SK Taman Bukit Mewah, Pn Hjh Noor Siah Binti Sihes dengan disaksikan seluruh warga SKTBM di dewan Seri Mewah. Minggu Bahasa Arab ini bertujuan untuk menanam minat murid mempelajari Bahasa Arab bersesuaian dengan matlamat untuk memperluaskan penggunaan bahasa arab di sekolah rendah melalui program J-QAF.

Jawatan Kosong

Gotong Royong Cegah Denggi

 Pihak Sk Taman Bukit mewah telah mengadakan satu program Gotong Royong Cegah Denggi dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru pada 21 Mac baru-baru ini. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang penyakit yang disebabkan oleh bawaan vektor, nyamuk aedes, Penyakit Denggi.


Program 1 Murid 1 Sukan

Dasar 1M 1S dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid melibatkan diri dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan modal insan secara holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi.

Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberi satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatupadu serta memupuk semangat cintakan negara.

Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.

Perjalanan program 1Murid 1Sukan diSK Taman Bukit Mewah.....

Pertandingan Ragbi Terbuka Johor 2012

Berikut adalah gambaran bagi pasukan ragbi SK Taman Bukit Mewah sekitar Pertandingan Ragbi Terbuka Sekolah Negeri Johor 2012 yang telah berlangsung di SK Temenggong Abdul Rahman 1 baru baru ini

Sekitar Perasmian Minggu Matematik 2012

Minggu Matematik merupakan salah satu program tahunan yang bertujuan untuk menyemai dan menanam minat pelajar terhadap matapelajaran yang boleh dikatakan sangat penting dalam kehidupan seharian. Selain daripada itu, melalui program ini ia dapat membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan mengaplikasikanpengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan danbertanggungjawab dalam kehidupan seharian. Berikut adalah gambaran tentang perjalanan program ini.