Sambutan Hari Guru 2012










Motivasi Tahun 6

Program motivasi tahun 6 pada kali ini telah diadakan di Kolej Tun Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) baru-baru ini..
Objektif program ini ialah untuk:
  • memberi dorongan dan semangat kepada murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR tahun ini.
  • memberi kesedaran kepada murid-murid tahun 6 untuk menghadapi UPSR.
  • meningkatkan pencapaian UPSR dari segi kualiti dan kuantiti.
Diharap program ini dapat memberikan manfaat kepada semua murid tahun 6 dan terima kasih kepada ibu bapa/penjaga dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan program motivasi ini.



Litar Elektrik dan Solar Sistem

Dapatkan program simulasi untuk membina sendiri Litar Elektrik dan Solar Sistem terutamanya bagi pelajar-pelajar tahap 2 lebih-lebih lagi pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Program simulasi ini memudahkan pelajar-pelajar memahami konsep tentang topik elekrik dan solar sistem. Nama program ini ialah "Circuit Construction Kit" dan "My Solar System" yang boleh didownload di ruangan Program di laman blog SK Taman Bukit Mewah ini.  

**Pastikan komputer anda di'install' dengan Program Java untuk menjalankan program simulasi ini.

Saringan Linus Tahun 3

Berikut adalah gambaran perjalanan saringan Linus Tahun 3 peringkat SK Taman Bukit Mewah.



Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) 2

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kali ke dua ini adalah berkenaan dengan Perintah Am Perkhidmatan Awam, Bab C-Cuti. Tujuan utama LDP ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru dan kakitangan SK Taman bukit Mewah tentang prosedur-prosedur berkaitan dengan pengambilan cuti dan cuti-cuti yang boleh di ambil oleh penjawat awam.



Zikir Asma Al-Husna

Pihak Pentadbiran SK Taman Bukit Mewah dengan kerjasama Panitia Agama Islam telah mengadakan Zikir Asma Al-Husna bersama-sama semua warga SK Taman bukit Mewah yang beragama Islam. Tujuan utama majlis zikir ini diadakan adalah bertujuan untuk mencari keberkatan serta keredhaan Allah dalam semua aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan di peringkat sekolah sepanjang sesi persekolahan 2012.


Kem Bestari Solat Tahun 5

Pihak sekolah dan Panitia Agama Islam serta J-QAF telah mengadakan kem bestari solat untuk semua pelajar-pelajar tahun 5 pada 18 April baru-baru ini. Tujuan utama kem ini diadakan ialah murid dapat berwudhuk dan tayammum dengan sempurna, murid dapat melaung dan melafazkan azan dengan betul, murid dapat menjawab azan dan iqamah dengan betul dan murid dapat membaca doa selepas azan dan iqamah dengan betul. Berikut adalah gambaran perjalanan sekitar Kem Bestari Solat ini.




Naib Johan Public Speaking MSSD



Tahniah kepada adik Rhubinii A/P Ganesh Rao kerana telah berjaya mengharumkan nama SK Taman Bukit Mewah dalam Pertandingan "Public Speaking" peringkat Daerah Johor Bahru. Sebelum ini adik Rhubini telah menjadi Johan di peringkat Zon Bandar dan Naib Johan di Peringkat Daerah Johor Bahru baru-baru ini. Tahniah dan Syabas diucapkan...

Warga SKTBM Bersama Solivite

Kehadiran warga Solivite ke SK Taman Bukit Mewah berjaya menceriakan murid-murid. Apa tidaknya, selain dari mendengar ceramah, menjawab teka-teki dan menonton video berkenaan Kepentingan Menjaga Alam Sekitar, mereka juga dihidangkan dengan minuman kultur Solivite perisa kegemaran mereka.

Catur Peringkat Negeri Johor


Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Muhammad Zuhair Bin Jumaat kerana telah berjaya menduduki tempat kedua dalam Pertandingan Catur Peringkat Sekolah-Sekolah Negeri Johor. Dengan kejayaan ini, sekali lagi nama SK Taman Bukit Mewah telah diharumkan ke peringkat Negeri Johor. Semoga dengan kejayaan ini, diharap agar ianya menjadi pendorong kepada rakan-rakan yang lain dalam apa pun bidang yang diceburi...... 

SYABASSSSSSS.

Perasmian 'English Month'



aaaaaaaaaaaaa







Ragbi Peringkat MSSJ

Dalam Pertandingan Ragbi Sentuh Peringkat Sekolah-Sekolah Johor, dua pelajar SK Taman Bukit Mewah telah berjaya dalam pemilihan untuk mewakili Daerah Johor Bahru ke pertandingan tersebut. Pelajar tersebut ialah Adik Muhammad Suffi Izzat Bin Hazazi dan adik Ameerul Haziq Bin Azahari. Dalam pertandingan peringkat negeri johor ini, Pasukan Johor Bahru telah berjaya menduduki tempat ke-3 dan mengharumkan nama Daerah Johor Bahru amnya dan SK Taman Bukit Mewah khasnya.



Johan Public Speaking Peringkat Zon Bandar


Tahniah kepada adik Rhubini A/P Ganesh Rao kerana telah berjaya menjadi Johan dan seterusnya mengharumkan nama SK Taman Bukit Mewah dalam Pertandingan "Public Speaking" peringkat Zon Bandar Johor Bahru.