Majlis Perpisahan Cikgu Rohayati

Pada 6 Julai 2012 Pn. Rohayati Binti Abdul Rahman, Guru Kaunseling SK Taman Bukit Mewah telah secara rasminya telah berpindah. Dengan perpindahan ini, SK Taman Bukit Mewah telah kehilangan seorang guru yang banyak menyumbangkan ideal dan jasa yang tak terhingga kepada SK Taman Bukit Mewah demi memajukan dan mendidik terutamanya pelajar-pelajar tahun 6. Selama hampir lapan tahun berkhidmat di sekolah ini, segala keringat dan jasanya akan dikenang oleh setiap warga SKTBM. Semoga Pn Rohayati dapat menjalankan tugas dengan lebih baik di sekolah barunya.