Olahragawan Dan Olahragawati 2012

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Adik Muhammad Hassrul Nazmi Bin Hassidi dan Adik Nur Alya Afifah Bte Azman kerana berjaya merangkul gelaran Olahragawan dan Olahragawati Sekolah pada Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-10 baru-baru ini. Selain mendapat trofi, olahragawan dan olahragawati ini juga membawa pulang wang tunai sebanyak RM100.00 sumbangan daripada Yang Di-Pertua PIBG Sk Taman Bukit Mewah, En Yusaini Bin Ali.