Program Teknik Mengingat

Pelbagai usaha dan program diadakan bagi meningkatkan lagi prestasi dan kemahiran dikalangan pelajar SK Taman Bukit Mewah. Baru-baru ini, pada 7 Julai pihak pengurusan sekolah dan Unit Kaunseling telah mengadakan Program Teknik Mengingat yang disampaikan oleh Pakar Motivator, En Osman Affan bertempat di Kolej Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara-cara menyimpan dan mengingat segala apa yang dipelajari di sekolah. Program ini terbuka kepada semua pelajar tahap dua dan penyertaannya amat mengalakkkan. Semoga melalui program ini dapat meningkatkan lagi kecemerlangan SK Taman Bukit Mewah.