Sumbangan Bagi Perindahkan Lanskap Sekolah


Bagi mengindahkan lagi persekitaran sekolah, pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh pihak sekolah bersama dengan pihak PIBG SK Taman Bukit Mewah. Salah satu aktiviti yang telah dijalankan baru-baru ini adalah Majlis Penyerahan Dan Penanaman Pokok Hiasan yang telah disempurnakan oleh Datuk Nur Jazlan Bin Tan Sri Mohammed, Ahli Parlimen Pulai dan wakil dari Majlis Bandaraya Johor Bahru (MPJB). Majlis ini diadakan bersama-sama dengan Program Jom Bersih Taman anjuran KRT Taman Bukit Mewah yang dipengerusikan oleh En. Yusaini Bin Ali yang juga YDP PIBG SK Taman Bukit Mewah.