Sumbangan Bermakna Dari YPJ


Pihak Pengurusan SK Taman Bukit Mewah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) kerana sudi menyumbangkan lima Buah komputer kepada SK Taman Bukit Mewah. Penyerahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh En. Mohd Daud Bin Osman, Pengurus Unit Perancangan Dan Pelaburan, Yayasan Pelajaran Johor kepada pihak pentadbiran sekolah. Sumbangan ini amat penting kepada pihak sekolah dalam meningkatkan lagi kecekapan dari Aspek P&P dan pengurusan SK Taman Bukit Mewah.