Minggu Sains 2012

Minggu Sains 2012 pada kali ini dijalankan dengan lebih meriah lagi dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik berbanding dengan tahun-tahun yang sudah, ditambahkan lagi Minggu Sains 2012 ini dianjurkan bersama dengan Panitia Sains, Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Dan Panitia Kemahiran Hidup dengan bermaktlamatkan untuk memberi lebih ruang impak kesedaran dan semangat dalam jiwa warga SKTBM melalui aktiviti yang berteraskan pendidikan di luar darjah untuk mencapai kecemerlangan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dan kesemuanya melibatkan aktiviti berkumpulan, antaranya ialah
  • Tahun 1 - Pertandingan Fungsi Deria, Haiwan dan Komputer
  • Tahun 2 - Pertandingan Diet Haiwan, Pengkelasan Makanan Dan Komputer
  • Tahun 3 - Pertandingan Magnetic Fishing dan Complete Circuit.
  • Tahun 4 - Pertandingan Measurement dan Properties of Materials
  • Tahun 5 - Pertandingan Payung Terjun.
  • Tahun 6 - Pertandingan Mereka Model Roket
Kesemua aktiviti ini telah berjalan pada 16 Julai sehingga 20 Julai 2012.