Majlis Berbuka Puasa 2012

Majlis Berbuka Puasa sempena sambutan bulan Ramadhan ini telah dianjurkan bersama oleh Unit Hal Ehwal Murid dan Panitia Agama Islam Sk Taman Bukit Mewah. Tujuan utama majlis ini dijalankan adalah untuk meraikan anak-anak yatim serta memberi sumbangan bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh mereka dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.





Ihyak Ramadhan 2012

Ihyak Ramadhan merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan sempena bulan Ramadhan dan bermulanya ibadat puasa bagi sekelian umat Islam. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan oleh Panitia Agama Islam SK Taman Bukit Mewah antaranya ialah Tadarus Al-Quran, Pertandingan Bercerita, Nasyid, Kuiz dan banyak lagi. Berikut adalah sekitar Sambutan Ihyak Ramadhan 2012.







Majlis Solat Hajat 2012

Majlis Solat Hajat bersama ibubapa dan penjaga pelajar tahun 6 peringkat SK Taman Bukit Mewah ini bertujuan untuk mencari keredhaan dan keberkatan diatas segala usaha yang telah dilakukan untuk menghadapi UPSR 2012.