Majlis Berbuka Puasa 2012

Majlis Berbuka Puasa sempena sambutan bulan Ramadhan ini telah dianjurkan bersama oleh Unit Hal Ehwal Murid dan Panitia Agama Islam Sk Taman Bukit Mewah. Tujuan utama majlis ini dijalankan adalah untuk meraikan anak-anak yatim serta memberi sumbangan bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh mereka dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.