PENANGGUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM PERINGKAT SEKOLAH, DAERAH DAN NEGER

Sukacita dimaklumkan bahawa semua aktiviti kokurikulum termasuk sukan dan permainan peringkat sekolah, daerah dan negeri ditangguhkan sehingga 29 Januari 2010.

Sekolah Ganti

Makluman!!!

Kepada semua warga SK Taman Bukit Mewah, hari Sabtu (23 Januari 2010) ini merupakan hari gantian persekolahan sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut pada bulan depan. Hari persekolahan tersebut menggunakan jadual pada hari Khamis. Sekian.

Ikrar Pengawas


Minggu kedua persekolahan bagi sesi 2010 dimulakan dengan bacaan ikrar oleh pengawas-pengawas SK Taman Bukit Mewah. Bacaan ikrar yang penuh bersemangat dan bertenaga ini diketuai oleh ketua pengawas sekolah, adik Mohammad Faez Bin Napiah dan dibimbing oleh Guru Disiplin, En Syahmee Aziyan Bin Mohd Ishak. Selain dari itu, pengawas-pengawas perpustakaan (pusat Sumber) juga turut serta dalam memperbaharui ikrar mereka dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Orientasi Pelajar Tahun 1

Gambar-gambar sekitar minggu orientasi pelajar-pelajar tahun 1 sesi 2010 yang bermula pada 4 Januari  sehingga 13 Januari 2010 baru-baru ini.


Ikrar Guru


Pada hari pertama sesi persekolahan 2010 di SK Taman Bukit Mewah, Para guru SK Taman Bukit Mewah telah melafazkan ikrar bagi menjunjung segala amanah yang telah diberikan bagi memenuhi misi dan visi SKTBM, "Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang" dan "Menjana Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti".

Taklimat Bayaran Keperluan


Pihak SK Taman Bukit Mewah dengan kerjasama PIBG telah mengadakan taklimat khas mengenai bayaran keperluan pelajar-pelajar bagi sesi persekolahan 2010. Taklimat ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKTBM, Pn Hjh Siti Esah Bte Yaacub dan YDP PIBG SKTBM, En Yusaini Bin Ali pada 1 Januari 2010 (Jumaat). Tujuan utama taklimat ini diadakan adalah untuk memperincikan dengan lebih mendalam tentang keperluan pelajar-pelajar serta penerangan ringkas mengenai perjalanan persekolahan pada sesi 2010. Pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih kepada semua terutamanya pihak PIBG serta ibubapa yang telah memberi kerjasama sama ada secara langsung atau tidak.

Pendaftaran Tahun 1


Pendaftaran bagi pelajar-pelajar tahun 1 telah diadakan pada 30 Dismber 2009 (Rabu) lepas. Para ibubapa turut didedahkan dengan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan persekolahan anak-anak mereka sepanjang sesi 2010 ini. Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar SK Taman Bukit Mewah, Pn Hjh Siti Esah Bte Yaacub dan Yang Di-Petua PIBG SK Taman Bukit Mewah, En Yusaini Bin Ali.  Selain itu, para murid-murid tahun 1 telah menduduki ujian asas bagi memudahkan pengasingan kelas berdasarkan keupayaan murid tersebut.

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) 1

Sesi Persekolahan 2010 bagi guru-guru SK Taman Bukit Mewah dimulai dengan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) 1 yang telah diadakan pada 28 Disember 2009 (Isnin). Penceramah bagi latihan ini telah dijemput khas dari wakil jemaah nazir negeri johor, En Othman Bin Ali. Ceramah yang telah disampaikan adalah berkisar dengan "Tip-Tip Ke Arah Sekolah Cemerlang". Tujuan utama ceramah ini diadakan adalah bertujuan menambahkah lagi ilmu pengetahuan warga SK Taman Bukit Mewah bagi mencapai status sekolah yang cemerlang. 


Kenangan 2009



Dalam Kenangan



Saat-saat terakhir murid-murid SK Taman Bukit Mewah bersama-sama dengan cikgu kesayanagan mereka, En Shamsul Bin Ahamad. Guru yang dikenali sebagai "Raja Lawak SKTBM" ini akan berkhidmat di negeri kelahirannya, Sarawak bermula 1 Disember 2009 di SK Sungai Bawang. Segala jasa baik serta tunjuk ajar yang dicurahkan selama ini akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh semua warga SKTBM.


Semoga Cikgu Shamsul Bin Ahamad ini dapat mencurahkan serta menyumbangkan tenaga dan idea untuk meningkatkan lagi prestasi pelajar-pelajar di sekolah baru serta berbahagia bersama keluarga.


"JASAMU DIKENANG"