LAWATAN ‘BENCHMARK’ KE STAR 1

Jawatankuasa Pusat Sumber  Sekolah akan mengadakan lawatan ‘benchmark’ ke SK Temenggung Abdul Rahman 1 seperti butiran berikut:

Tarikh:  11 Februari 2010(Khamis)
Masa : 2.30 – 4.30 p.m.

Seramai 30 orang  yang terdiri dari JK Kerja PSS, JK Induk PSS, guru-guru baru, guru –guru praktikum dan JK PIBG  akan menyertai  lawatan ini.  Diharap program ini dapat memberikan pendedahan berkaitan pengurusan  dan perjalanan Pusat Sumber Sekolah. Gandingan  daripada pihak PIBG dijangka dapat memberikan impak yang besar kepada kemudahan fasiliti dan keceriaan PSS. Justeru memberikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesa dan kondusif kepada anak-anak didik SK Taman Bukit Mewah.

Keputusan Olahraga

Tahniah kepada semua peserta olahraga dan jurulatih-jurulatih SK Taman Bukit Mewah kerana turut menjayakan temasya tahunan olahraga ini peringkat Zon Bandar bertempat di Stadium Larkin pada 6 Februari 2010. Dalam temasya kali ini SK Taman Bukit Mewah telah berjaya membawa pulang 2 pingat gangsa masing-masing dalam acara 100M L10 dan 4X100M P10. Tahniah diucapkan. Berikut adalah gambar-gambar sekitar kejohanan tersebut



Kursus Motivasi & Dialog 2010

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus motivasi dan sesi dialog bagi tahun 2010. Ucapan ini dilakarkan terutamanya kepada pihak Pentadbiran SK Taman Bukit Mewah, PIBG, Ibubapa murid tahun 6 dan murid murid tahun 6 serta kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Program ini bertujuan untuk menerangkan kepada ibubapa tentang sasaran serta tahap pencapaian murid-murid tahun 6.

Program Kelas Anak Angkat 2010

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program anak angkat ini. Program ini telah dilancarkan dengan jayanya pada 6 Februari 2010 bertujuan mewujudkan kelas yang penuh bermaklumat, kondusif dan selesa untuk semua pelajar. Terima kasih atas segala sokongan yang diberikan terutama kepada pihak pengurusan SK Taman Bukit Mewah, PIBG dan ibubapa serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Tahniah,,,,,

Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta olahraga bagi  acara padang kerana telah berjaya mengharumkan nama SK Taman Bukit Mewah dalam acara merejang lembing. Mereka ialah adik Susilawati dan Afiq Asyraaf dengan masing-masing membawa pulang pingat emas dan perak. Diharap dengan kemenangan ini, ia akan menjadi batu loncatan kepada semua peserta yang kana bertanding di Stadium Larkin pada 6 februari 2010.

MEMUPUK TABIAT MEMBACA



Semua warga SK Taman Bukit Mewah diseru memupuk tabiat membaca sebagai gaya hidup seharian. Ia bertujuan untuk melahirkan generasi yang berilmu dan berjaya. Murid-murid juga diminta membudayakan sikap mencatat bahan-bahan yang telah dibaca di dalam buku NILAM. Bahan-bahan bacaan boleh terdiri dari buku-buku, artikel-artikel di papan kenyataan, e-book, artikel di internet, majalah, akhbar , bacaan surah-surah Al-Quran dan lain-lain. Diharap tabiat membaca mendapat sambutan di kalangan warga SK Taman Bukit Mewah.





"BANGSA MEMBACA, BANGSA BERJAYA"

Selamat Datang

Selamat Datang diucapkan kepada semua guru-guru praktikum dari Institut Perguruan Temenggong Ibrahim (IPTI) ke SK Taman Bukit Mewah. Mereka terdiri dari opsyen sains (3 orang) dan matematik (2 orang). Semoga dengan kehadiran mereka dapat meningkatkan lagi mutu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sejajar dengan misi dan visi sekolah. Insyaaalah.....

Persembahan Mingguan Panitia

Syabas diucapkan kepada En. Mohd Anuar Jaafar dan En Mohd Anis Buang kerana berjaya mencungkil bakat-bakat para pelajar tahun 3 dalam menjayakan acara mingguan dari Panitia Bahasa Melayu. Bakat-bakat kecil ini berjaya mempersembahkan satu puisi untuk dipersembahkan kepada semua warga SK Taman Bukit Mewah semasa perhimpunan mingguan.

Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan

TAHNIAH DAN SYABAS!!!!

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada mereka yang mengungguli dalam pertandingan Kebersiahn dan Keceriaan peringkat SK Taman Bukit Mewah. Pertandinagn ini merupakan acara mingguan untuk menarik minat para pelajar serta guru bagi menanam sikap pentingkan kebersihan dan keceriaan sepanjang masa. Berikut adalah pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan
  • Papan Kenyataan Terbaik : Pengawas Dan Disiplin
  • Kelas Terbaik : 5 Arif
  • Bilik Khas Terbaik : Bilik Pendidikan Seni Visual

ARAHAN BERKABUNG

Arahan berkabung yang telah dikeluarkan oleh YAB Menteri Besar Johor hendaklah dilaksanakan kepada semua guru, staf dan murid di sekolah. Bagi lelaki muslim adalah songkok berlilit putih, bagi perempuan muslim tudung putih, bagi lelaki dan perempuan bukan muslim kain hitam lilit di lengan baju kiri. Bendera Negeri Johor dikibar setengah tiang 7 hari bermula 23 JANUARI 2010 sehingga 29 JANUARI 2010. Tiada Aktiviti berbentuk hiburan.

"Oleh itu ketahuilah bahawa dengan titah perintah Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Pemangku Raja adalah ditentukan perkabungan kerana kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, iaitu mulai hari ini 22 Januari 2010 seperti di bawah ini:


  1. Bendera Negeri diturunkan separuh tiang dan hari berikutnya dinaikkan separuh tiang dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang dan sedimikian selama 7 hari dari tarikh dimakam Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.
  2. Segala Bangunan-Bangunan Kerajaan hendaklah dinaikkan Bendera Negeri separuh tiang bagaimana waktu tersebut dalam (1) di atas dan demikian selama 7 hari daripada tarikh dimakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.
  3. Segala bentuk hiburan dan permainan hendaklah dibatalkan pada siang dan malam tersebut pada hari memakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.
  4. Semua masjid-masjid dan surau surau-surau di dalam Negeri Johor hendaklah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa ke atas roh Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku itu selepas Fardhu Maghrib selama tujuh (7) hari selepas daripada dimakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.
  5. Rakyat-rakyat dan penduduk negeri ini hendaklah berkabung dari tarikh ini dan kemudian daripada dimakamkan Jenazah Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia itu selama tujuh (7) hari.



PERATURAN BERKABUNG


  1. Bagi orang-orang Melayu hendaklah memakai tanda perkabungan kain putih berlilit selilit sahaja, selebar 2 inci pada songkok.
  2. Bagi lain-lain bangsa dan agama, memakai selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri dan bertali leher warna hitam.
  3. Bagi mereka-mereka yang berhak memakai uniform dan pada majlis yang tertentu, selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri.
  4. Bagi perempuan Melayu, hendaklah memakai tudung kepala warna putih.
  5. Bagi orang-orang perempuan lain bangsa atau agama, memakai selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri."
**Salinan dari PPDJB