Sukaneka

Pertandingan sukaneka antara rumah-rumah sukan akan diadakan pada Jumaat, 30 November 2009 bertempat di Padang SK Bukit Mewah. Acara sukaneka ini hanya melibatkan murid-murid tahun 1 dan tahun 2 sahaja.

Diharap kepada semua peserta dapat menunujukkan bakat serta kemampuan untuk memunggut 'point' yang tertinggi untuk rumah sukan masing-masing.

Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-7

Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-7 SK Taman Bukit Mewah akan diadakan pada 1 November 2009.

Acara Perasmian oleh YB Datuk Hj.Osman Bin Sapian, ADUN Kempas dan Perasmian Penutupan akan disempurnakan oleh En. Syahrin Bin Md Jamaludin, Setiausaha Politik Menteri Pelajaran Malaysia. 

Pelbagai acara akan diadakan pada temasya kali ini termasuklah cabutan bertuah kepada para ibubapa yang hadir.

Para ibubapa dan warga sekitar SK Taman Bukit Mewah dijemput hadir untuk memeriahkan lagi temasya sukan tahunan ini

Sukan Tara

Sukan Tara akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

  • Tarikh : 31 Oktober 2009
  • Hari : Sabtu
  • Tempat : Padang SK Taman Bukit Mewah
  • Masa : 8.00 pagi

Acara yang akan dipertandingkan dalam sukan tara ini adalah lompat tinggi, lompat jauh dan larian 100m.

Semua pelajar SK Taman Bukit Mewah diwajibkan hadir untuk memeriahkan lagi acara sukan tara ini dan menyumbangkan mata yang tinggi untuk rumah sukan masing-masing.

Peperiksaan Akhir Tahun

KEPADA SEMUA WARGA SK TAMAN BUKIT MEWAH,
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SETARA AKHIR TAHUN 2009
YANG AKAN
BERMULA PADA 27 HINGGA 30 OKTOBER 2009.
SEMOGA PEPERIKSAAN INI AKAN MENINGKAT KEAZAMAN DIRI
DAN BERJAYA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG

Kursus LDP 6


Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) ke-6 ini telah diadakan pada Sabtu, 24 Oktober 2009 bertempat di Bilik Profesional, SK Taman Bukit Mewah. Kursus KDP ini telah disempurnakan oleh En Saliman, pegawai PPD Johor Bahru. Tajuk Kursus Kali ini adalah "Headcount". Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman guru-guru SK Taman Bukit Mewah tentang kepentingan Headcount dalam meningkatkan dan menjana potensi para pelajar di sekolah.

Raptai Perbarisan


Raptai perbarisan untuk Tamasya Sukan Tahunan 2009 kali ke-7 antara rumah sukan telah diadakan pada 22 dan 23 Oktober 2009. Raptai ini diadakan adalah untuk mengukur masa yang diambil semasa upacara perbarisan. Selain daripada itu, raptai ini juga untuk melatih para peserta (pelajar) bergerak mengikut urutan yang betul.

Dalam raptai ini juga, guru-guru rumah sukan berkesempatan membuat persediaan dan merancang untuk pasukan masing-masing bagi memperolehi pungutan mata yang tinggi. Murid-murid dilatih untuk cintakan pasukan dan berusaha untuk meningkatkan keupayaan pasukan mereka......

Kedudukan Rumah Sukan

Berikut adalah pungutan mata bagi setiap rumah sukan berdasarkan keputusan bagi acara balingan yang telah dipertandingkan pada 20 Oktober 2009 baru-baru ini.

  • ISWARA =170 mata
  • TIARA =126 mata
  • WAJA =116 mata
  • WIRA =88 mata

Keputusan Bagi Acara Balingan

LELAKI
PEREMPUAN
REJAM LEMBING
Kategori A
1
Mohd Arbain Bin Abd Razak
1
Nur Fazlin Bin Saedi
2
Mohd Arif Hamidullah Bin Suhaimi
2
Yuslimatulmukjizeh
3
Mohd Aiman Haq Bin Sahruldin
3
Siti Aishah Bte Zain
Kategori B
1
Najmee Hakim Bin Razali
1
Sarah Aishah Haque Bte Sahruldin
2
Afiq Asyraaf Bin Awaluddin
2
Nur Hazwani Bte Mohd Noor
3
AMohd Nur faez Bin Ahmad kamal
3
Susilawati Bte Marohan

LONTAR PELURU
Kategori A
1
Mohd Irfan Khairi Bin Madzlan
1
Arina Bte habri
2
Mohd Arbain Bin Abd Razak
2
Nurul Aina Shasha Bte Jaafar
3
Mohd Azrul Bin Razali
3
Nur Fazlin Bte Saedi
Kategori B
1
Mohd Najmi Hakeem Bin Razali
1
Nur Shahira bte Mahyuddin
2
Ahmad Fauzi Bin Naim
2
Nur Amira Afiqah Bte Iskandar Mirza
3
Mohd Haziq Daniel Bin Zamri
3
Susilawati Bte Marohan

Keputusan Bagi Acara Lompatan

LELAKI
PEREMPUAN
LOMPAT JAUH
Kategori A
1
Mohd Azri Bin Amiruddin
1
Mimi Syaadah Bte Murat
2
Mohd Mikail Bin Mohd Izam
2
Nur Amirah Azri Bin Shamsuri
3
Mohd Faiz Bin Othman
3
Diyana Hazwani Bte Mohd Mansor
Kategori B
1
Mohd Faiz Bin Mohd Napiah
1
Ermawati Bte Amir
2
Mohd Danish Syukri Bin Syukur
2
Nur Amirah Afqah Bte Iskandar Mirza
3
Ahmad BAihaqi Bin Abd Rahim
3
Fatin Nurdiyana Bte Md Salleh
Kategori C
1
Othman Affan Bin Mustaffa
1
Nur Syahirah Bte Syukur
2
Mohd Loqman Hazim Bin Ghazali
2
Amirah Najihah Bte Abd Rahim
3
Hafiy Azri
3
Nur Alya Afifah Bte Azman
LOMPAT TINGGI
Kategori A
1
Mohd Qayyum Bin Azlah
1
Nur Aqeera Syamera Bte Sani
2
Ibrahim Salam Bin Norhisham
2
Siti Sarah Bte Omar
3
Mohd Hasrull Haikal Bin Asmadeen
3
Nur Farrah Izzaty Bte Mohd Azhar
Kategori B
1
Muhd Syazwan Bin Mazlan
1
Nur Zafieka Bte Zafri
2
Mohd Faiz Bin Mohd Napiah
2
Hazirah Aqilah Bte Sa'idan
3
Mohd Izzuwan Bin Khamis
3
Hidayatul Fitriani Bte Norholis
Kategori C
1
Hafiy Azri
1
Husna Bte Norsham
2
Mohd sufi Izzat Bin Hazizi
2
Nur Azlinda Bte Ujang
3
Mohd Hizad Bin Mohd Napiah
3
Amirah Najihah Bte Abd Rahim

Pertandingan Acara Padang

Temasya Sukan Tahunan Kali ke-7 telah bermula dengan acara-acara padang, antaranya merejam lembing, lontar peluru, lompat tinggi dan lompat jauh. Pertandingan untuk acara padang ini telah diadakan pada 20 dan 21 Oktober 2009 baru-baru ini.

Setiap acara balingan dan lompatan mempunyai kategori-kategori tertentu, iaitu Kategori A (Tahun 6), Kategori B (Tahun 4 dan Tahun 5) dan Kategori C (Tahun 2 dan Tahun 3). Bagi acara balingan, penyertaan terdiri dari hanya Kategori A dan Kategori B sahaja manakala acara lompatan, ia melibatkan ketiga-tiga ketagori.
Keputusan akan diumumkan dalam jangka masa yang terdekat.