Kenangan 2009



Dalam Kenangan



Saat-saat terakhir murid-murid SK Taman Bukit Mewah bersama-sama dengan cikgu kesayanagan mereka, En Shamsul Bin Ahamad. Guru yang dikenali sebagai "Raja Lawak SKTBM" ini akan berkhidmat di negeri kelahirannya, Sarawak bermula 1 Disember 2009 di SK Sungai Bawang. Segala jasa baik serta tunjuk ajar yang dicurahkan selama ini akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh semua warga SKTBM.


Semoga Cikgu Shamsul Bin Ahamad ini dapat mencurahkan serta menyumbangkan tenaga dan idea untuk meningkatkan lagi prestasi pelajar-pelajar di sekolah baru serta berbahagia bersama keluarga.


"JASAMU DIKENANG"

Analisa Keputusan UPSR 2009

Berikut adalah analisa keputusan UPSR 2009




6 Bestari

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar 6 Bestari kerana berjaya mengekalkan 100 peratus menguasai dalam UPSR 2009. Diharap anda semua menjadikan UPSR ini sebagai batu loncatan untuk memperolehi keputusan yang lebih cemerlang pada masa yang akan datang. 


TAHNIAH!!!! 6B MEMANG BOLEH!!!!!!!!!

Tahniah!!!


Tahniah diucapkan kepada pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang bagi UPSR 2009. Berikut adalah pelajar-pelajar yang mendapat keputusan 5A pada UPSR 2009

1. Ahmad Nadzi Bin Zayuri
2. Aiman Fathi Bin Samsul
3. Arina Bte Habri
4. Diyana Hazwani Bte Mohd Mansor
5. Farrah Farhana Bte Sakri
6. Haziq Alauddin Bin Amin
7. Husnina Bte Mohd Fauzan
8. Iffah Nadhirah Bte Arizan
9. Ikmal Hakim Bin Affandi
10. Mohammad Zafirullah Bin Hamidon
11. Muhamad Nabil Bin Omar
12. Muhammad Afif Syahmi Bin Syapi'ai
13. Muhammad Azrul Bin Razali
14. Muhammad Farhan Haziq Bin Jamil
15. Nur syafiqah Bte Mohd Zunaidi
16. Nur Al'yaa Bte Norisman
17. Nursyafiqa Bte Ghaffar
18. Nurul Aina Shasha Bte Jaafar
19. Nurul Fadhlinda Bte Sainan
20. S. Shamini a/p Sivaji
21. Tashvinder Singh Sanggeh a/l Narpaia Singh



UPSR 2009


Tahniah diucapkan kepada semua warga SK Taman Bukit Mewah di atas kejayaan yang memberangsangkan pada UPSR kali ini. Berikut adalah keputusan peperiksaan UPSR 2009


Peratus Menguasai : 78.20%
Gred Purata Sekolah : 2.07


5A      : 21 Orang
4A1B :15 Orang
3A2B : 9 Orang
2A3B : 8 Orang


Syabas kepada semua pelajar-pelajar yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang.
Semoga kejayaan kali ini menjadi titik permulaan untuk kejayaan pada masa yang akan datang.
TAHNIAN!!!!!

Keputusan UPSR

KEPUTUSAN UPSR 2009
AKAN DIUMUMKAN PADA
19 NOVEMBER 2009 (KHAMIS)

Minggu Pusat Sumber

Minggu Pusat Sumber adalah aktiviti yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Taman Bukit Mewah. Minggu ini berlangsung pada 9 November 2009 sehingga 13 November 2009 yang dikelolakan oleh Cik Siti Zubaidah Bte Yusof dan Pn Ayu Sarah Bte Abdullah.
Salah satu aktiviti yang menarik adalah memancing perkataan untuk membentuk ayat bergantung. Gambar di atas menunjukkan penilaian yang dijalankan pengelola untuk menentukan pemenang.

Gambar Lawatan Ke Terengganu






Lawatan Ke Terengganu

Murid-murid yang mengikuti lawatan sambil belajar ke Terengganu pada 7 hingga 9 November 2009 diharap mempersiapkan segala kelengkapan yang telah ditetapkan oleh Pengurusan Lawatan SK Taman Bukit Mewah.

Berikut adalah butiran mengenai lawatan tersebut:

  • 5.30 pagi - Murid-murid berkumpul di SK Taman Bukit Mewah
  • 5.50 pagi - Solat Subuh
  • 6.10 pagi - Bertolak ke destinasi (Terengganu)
Segala kemusykilan serta keraguan, sila berhubung terus dengan Ketua Lawatan iaitu En. Md Khairil Izmie Bin Ishak (019-7145800) dan Pn Azrina Ishak (016-7786462)